Wan Azri Wan Deris atau dikenali juga sebagai Papagomo.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor meluahkan rasa kecaman yang sekeras-kerasnya terhadap tindakan blogger kontroversi, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo, yang didakwa menyebarkan kenyataan berunsur fitnah dan penghinaan terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Timbalan Ketua AMK Selangor, Mohamad Shahrul Adnan mendakwa Papagomo didapati memuat naik rakaman video di TikTok yang mengandungi tuduhan palsu, termasuk mendakwa Perdana Menteri ingin menyekat bantuan ke Palestin serta menghina beliau dengan gelaran yang tidak senonoh.
“Tindakan biadab ini melampaui batas moral serta undang-undang dan jelas berniat mencemar maruah Perdana Menteri,” ujarnya dalam satu kenyataan media.
Beliau menegaskan kenyataan tersebut bukan sekadar satu fitnah jenayah, malah mengandungi unsur hasutan yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan menanam kebencian terhadap kepimpinan negara.
“Lebih mendukacitakan apabila kenyataan berbaur fitnah ini dibuat pada ketika Perdana Menteri dan kerajaan sedang gigih memperjuangkan isu kemanusiaan global serta mempertahankan hak rakyat Palestin.
“Tuduhan kononnya Perdana Menteri menyekat bantuan ke Palestin adalah pembohongan besar dan berniat jahat,” tegas Shahrul.
Sehubungan dengan itu, AMK Selangor mendesak supaya pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil tindakan undang-undang segera terhadap Papagomo.
Tindakannya dikatakan melanggar beberapa peruntukan undang-undang termasuk Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Shahrul turut menekankan kebebasan bersuara tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menabur fitnah atau menghina pemimpin negara.
“Setiap rakyat harus menggunakan ruang demokrasi dengan bertanggungjawab, berasaskan fakta dan menghormati undang-undang. Budaya politik kotor berasaskan kebencian, penghinaan dan pembohongan mesti dihentikan segera,” katanya.
AMK Selangor bertekad untuk terus mempertahankan maruah dan kewibawaan Perdana Menteri serta menolak sebarang cubaan untuk menormalisasi politik fitnah di Malaysia.
“Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya anak muda, untuk menolak politik kebencian dan bersama membina budaya politik yang berprinsip, berakhlak dan berpaksikan kebenaran,” tambahnya lagi.
ADUN Kuah bidas Wan Fayhsal sebagai ‘kacang lupakan kulit’, tiada kredibiliti
PAS mahu jaga keharmonian, tak terima kemasukan Wan Fayhsal
Isu arak di sekolah, Pemuda UMNO petik insiden menteri kaki mabuk
Isu sajian arak MAS: Ulama PAS bidas sindiran MP DAP sebagai menghina Islam
Dihalang masuk Sabah, Albert failkan prosiding hina mahkamah pada Hajiji
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa