Annuar perlu beri penjelasan dalam isu kelulusan tanah Kg Sungai Baru: Syed Badli Shah

October 11, 2025 · Isu semasa

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, didesak memberi penjelasan segera berhubung kelulusan pewartaan tanah bagi projek pembangunan di Kampung Sungai Baru yang diluluskan semasa beliau memegang jawatan.

Gesaan itu dikemukakan oleh Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, Syed Badli Shah Syed Osman, yang menegaskan proses pewartaan di bawah Seksyen 4 dan Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 itu telah diluluskan oleh Annuar sendiri.

Beliau turut merujuk kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa, yang sebelum ini mendedahkan proses pengambilan tanah pada tahun 2021 itu dilakukan secara tergesa-gesa dalam tempoh hanya tiga hari.

“Beliau (Annuar) perlu menjelaskan bagaimana pewartaan itu boleh diluluskan ketika zaman beliau berkuasa, terlebih lagi apabila mantan menteri wilayah selepas beliau, Datuk Seri Shahidan Kassim turut mempersoalkan kewajaran pewartaan itu diluluskan dalam tempoh singkat,” katanya.

“Justeru, saya menggesa Annuar untuk tampil memberikan penjelasan penuh berkaitan isu Projek Pembangunan Sungai Baru dengan mengambil rasa tanggungjawab terhadap penduduk yang terjejas,” tambahnya.

Mengenai cadangan Annuar untuk berbincang melalui satu platform audio siar, Syed Badli Shah menyifatkannya sebagai satu tindakan yang membuang masa.

“Apa yang didedahkan oleh Dr Zaliha adalah berdasarkan fakta dan rekod kementerian.

“Annuar sepatutnya tampil menjelaskan lebih awal lagi dan bukannya berdiam diri seperti seorang pengecut yang berselindung di sebalik watak-watak antagonis yang kononnya menyalahkan Kerajaan Madani,” tegasnya lagi.

Annuar sebelum ini dicatatkan mencabar Dr Zaliha untuk membincangkan isu tersebut sama ada melalui siaran audio atau dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet.

Berita berkaitan
CEO TH dalam lembaga 1MDB ketika beli tanah TRX, Parlimen diberitahu kerugian RM145.3 juta
August 11, 2026· Politik
PAS cari strategi lain selepas Zahid kata BN tanding semua kerusi di Melaka
August 6, 2026· Politik
Aminuddin beri jaminan tiada tanah rakyat terlibat dalam Projek Pelabuhan AI
July 28, 2026· Politik
PMX dedah 50 ekar bandar diisytihar tanah rizab Melayu, nafi abai Bumiputera
July 27, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
September 14, 2026 · Isu semasa
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
September 14, 2026 · Isu semasa
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
1 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
4 jam lalu · Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok