Perdana Menteri, Anwar dijadual bertemu Presiden China, Xi Jinping pada Selasa.
Kehadiran Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail pada makan malam gala Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) malam tadi menjadi isyarat jelas peranan Malaysia di pentas global semakin mendapat perhatian.
Anwar dan Wan Azizah disambut Presiden China, Xi Jinping serta isteri, Peng Liyuan, pada majlis penuh gilang-gemilang di Pusat Konvensyen Tianjin Meijing.
Xi menganjurkan jamuan itu sebagai tuan rumah dan Pengerusi Sidang Kemuncak SCO tahun ini.
Lawatan kerja empat hari Anwar ke China kali ini bukan sekadar agenda bilateral, tetapi juga menampilkan beliau sebagai suara ASEAN di Sidang Kemuncak SCO Plus yang berlangsung hari ini.
Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN, dijangka mengemudi perbincangan untuk memperdalam hubungan ASEAN-SCO, khususnya dalam perdagangan, ekonomi dan kerjasama strategik.
Anwar dilihat bakal mengetengahkan peranan Malaysia sebagai jambatan penghubung, membina sinergi antara ASEAN dan negara anggota SCO yang kini meliputi China, Rusia, India, Pakistan, Iran, Belarus dan negara Asia Tengah.
Sidang Kemuncak SCO tahun ini yang terbesar sejak penubuhannya pada 200 berlangsung di Tianjin, bandar raya pelabuhan utama utara China yang kini menjadi pentas diplomasi antarabangsa.
Dengan landskap geopolitik dunia yang semakin kompleks, kehadiran Malaysia pada sidang berprestij ini membawa mesej bahawa Kuala Lumpur bersedia mengukuhkan peranannya sebagai penghubung antara blok serantau besar.
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
RM5.2 bilion transaksi SARA direkod setakat September, 8.4 juta penerima
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum