Anwar gesa henti pergaduhan politik, fokus tolong rakyat

November 8, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim menyeru semua pihak supaya menghentikan budaya pergaduhan politik yang berpanjangan kerana ia hanya menguntungkan segelintir individu, sedangkan negara sudah terlalu banyak rugi.

Menurut Perdana Menteri, sudah tiba masanya untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada memperkukuh ekonomi negara dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Kita sudah rugi banyak tahun, gaduh-gaduh politik tidak habis, rugi, tapi yang untung tiga, empat orang.

“Yang bising itu banyak kaya-kaya. Yang kita nak tolong ini orang meniaga dan rakyat kita. Itu fokus kita,” tegas Anwar dalam ucapannya pada Sesesi Mesra Perdana Menteri bersama Persatuan Industri Sabah malam tadi.

Anwar menekankan Malaysia kini memerlukan kestabilan dan keutamaan untuk membina kekuatan ekonomi, bukannya terus terbelenggu dengan perebutan kuasa yang melemahkan pentadbiran negara.

“Fokus kita mesti menguatkan ekonomi kita. Tiada siapa bantu kita, orang hormat kita sebab negara ini aman, sebab dasar kita kuat,” ujarnya.

Beliau juga menekankan kepentingan hubungan erat dan kerjasama yang utuh antara Kerajaan Persekutuan dan negeri Sabah untuk memastikan setiap dasar pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Kalau kita mahu berjaya dalam ekonomi, kita kena berkawan semua. Bukan kita bersetuju semua.

“Kita berkawan, umpamanya sama-sama dalam jemaah menteri, Tengku Zafrul ada sini, saya bukan setuju semua dengan dia, banyak setuju lah. Dengan saudara Hajiji, kadang-kadang dia buat kenyataan, saya kurang setuju tapi inilah realitinya, kita lain ada sikit-sikit beze, tapi yang kita sepakat apa? Apa yang kita fokus, selamatkan negara ini,” jelas Anwar lagi.

Mengenai hubungan dengan Sabah, Anwar menegaskan tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi.

“Saya bukan mahu curi balak Sabah. Tanya Hajiji, ada saya minta balak? Tak ada. Ada saya minta tanah? Tak ada. Ada saya minta kontrak? Tak ada. Saya datang untuk bekerja bersama,” katanya.

Anwar turut mengingatkan rakyat Sabah agar bijak memilih pemimpin yang mengutamakan kerjasama dan bukannya suka mencari gaduh.

“Kita perlukan sokongan semua negeri. Kita perlukan Sabah, dan Sabah perlukan kerajaan Persekutuan yang bekerjasama.

“Kamu nak gaduh boleh gaduh, tapi orang bawah susah. Pilih orang yang bawa kerjasama, bukan yang suka cari gaduh,” nasihatnya.

Beliau juga memberi amaran keras kepada mana-mana pemimpin yang menyalahgunakan kuasa.

“Kalau mahu kaya, mahu curi duit, jangan jadi pemimpin. Hentikan, selagi saya jadi Perdana Menteri, saya tidak akan bertolak ansur dengan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO akan teruskan usaha penyatuan Melayu, tak perlu layan kritikan: Johari
5 jam lalu· Politik
Kembalinya Hishammuddin, Khairy suntik keyakinan baharu kepada BN: Ka Siong
5 jam lalu· Politik
Kerajaan belanja RM2 bilion sebulan untuk kekalkan harga RON95: Anwar
6 jam lalu· Isu semasa
Cuti tambahan sempena Aidilfitri diumum kerajaan
6 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Hadi disaran muhasabah diri, bersihkan diri daripada bisikan syaitan: Razlan
March 14, 2026 · Politik
PAS akan ambil jawatan Ketua Pembangkang, ganti Hamzah: Samsuri
March 14, 2026 · Politik
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
March 13, 2026 · Politik
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
March 13, 2026 · Politik
Najib teruskan rayuan hina mahkamah isu titah adendum
March 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok