Anwar harap Rafizi dan Nurul Izzah bermaafan, jaga persahabatan

May 23, 2025 · Politik

Pemilihan parti sudah berakhir dan semua pihak diharap dapat menerima keputusan dengan berlapang dada, kata Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu mengakui pemilihan kali sengit dan ditambah pula dengan pertembungan jawatan Timbalan Presiden antara Rafizi Ramli dengan Nurul Izzah, tetapi perkara yang lebih penting adalah semua pihak diharap dapat menjaga nilai persahabatan dan melupakan sengketa.

Anwar berkata, kedua-dua calon itu dilihat keterlaluan semasa berkempen, namun menganggap itu sebagai satu kesilapan kecil yang boleh dimaafkan.

“Saya lihat kedua-dua pihak ada keterlaluan, jadi jangan hukum antara satu sama lain. Saya sebagai bapa beri nasihat kepada semua.

“Yang penting, kita bersama. Kalau sudah berkawan puluhan tahun, bergelut susah payah dan menderita bersama, takkanlah dengan apa yang dianggap kesilapan kecil itu tidak boleh dimaafkan.

“Kalau saya, ikhlas saya maafkan semua,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar dan merasmikan Kongres Nasional Tahunan Keadilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini pada malam Sabtu.

Anwar turut menegaskan bahawa PKR perlu terus membina kekuatan secara bersama kerana parti masih belum mencapai sepenuhnya idealisme dan cita-cita perjuangan yang diimpikan.

“Kalau mahu bicara paling keras, biarlah tentang tatakelola dan antirasuah. Barulah kita boleh layak menjadi parti reformasi yang tulen,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, beliau menerima dengan terbuka sebarang teguran terhadap dirinya, walaupun tidak menjawab secara langsung semua kritikan yang disuarakan oleh calon-calon yang bertanding.

“Teguran itu termasuk daripada Rafizi, Nurul Izzah, Datuk Seri Amirudin Shari dan tokoh-tokoh lain. Ada rasa (tersentuh) sedikit, biasalah, tetapi saya terima secara positif kerana teguran itu untuk mengingatkan kita bahawa dalam dasar, tidak salah ditegur,” ujar beliau.

Berita berkaitan
Isu mafia korporat: NGO persoal motif serangan Rafizi
20 jam lalu· Politik
PKR nafi kaitan dengan isu PN, desak Mukhriz mohon maaf
October 20, 2026· Politik
Malaysia sedia bantu Indonesia tangani kebakaran hutan: Anwar
October 18, 2026· Isu semasa
Fuziah: Rundingan kerusi PH selesai, kerjasama belum muktamad
October 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
7 jam lalu · Politik
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
14 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
14 jam lalu · Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
15 jam lalu · Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok