Anwar harap rundingan AS-Iran berhasil bawa perdamaian serantau

April 8, 2026 · Isu semasa

Anwar Ibrahim menyambut baik perkembangan terbaharu melibatkan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran susulan cadangan Pelan 10 Perkara oleh Tehran yang kini dilihat mendapat reaksi positif daripada Washington.

Perdana Menteri berkata, langkah tersebut memberi harapan baharu ke arah meredakan konflik yang telah lama menjejaskan kestabilan Timur Tengah serta keselamatan global.

Menurutnya, rundingan yang bakal berlangsung perlu dilakukan secara jujur dan berlandaskan komitmen sebenar untuk mencapai penyelesaian menyeluruh.

“Diharapkan proses rundingan akan dijalankan dengan niat baik, disertai iltizam kukuh untuk mencari penyelesaian berkekalan. Rundingan damai tidak akan berjaya sekiranya prosesnya diselubungi penipuan dan muslihat,” katanya dalam kenyataan.

Konflik antara AS dan Iran yang berlarutan sejak beberapa dekad lalu sering mencetuskan ketegangan geopolitik, termasuk melibatkan sekutu di rantau seperti Iraq, Lubnan dan Yaman.

Justeru, Anwar menegaskan pelan tersebut perlu diterjemahkan kepada perjanjian damai yang inklusif dan memberi manfaat kepada seluruh rantau.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa sebarang usaha damai tidak boleh mengabaikan isu kemanusiaan, khususnya penderitaan rakyat Palestin di Gaza.

“Pihak berkepentingan perlu memastikan penamatan keganasan dan perampasan hak rakyat Palestin,” ujarnya.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Shehbaz Sharif dan kerajaan Pakistan atas usaha diplomasi yang disifatkan berani dan konsisten dalam merintis ruang dialog antara pihak-pihak terlibat.

“Kesediaan Pakistan untuk berunding tanpa rasa takut atau pilih kasih mencerminkan solidariti antarabangsa yang wajar dicontohi. Malaysia bersedia menyokong segala usaha ke arah ini,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sekatan kepada semua mangsa konflik.

“Semoga ini menjadi titik perubahan ke arah keamanan berkekalan. Dunia tidak mampu menerima kegagalan,” katanya.

Berita berkaitan
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
14 jam lalu· Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
16 jam lalu· Politik
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
20 jam lalu· Politik
PRN Johor: Agihan kerusi, isu logo BN jadi punca rundingan UMNO-PAS buntu
June 25, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Isa Samad kekal dipenjara, mahkamah tolak permohonan semakan
14 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan masih perhalusi cadangan tangani isu Rohingya
15 jam lalu · Isu semasa
‘Kesejahteraan Dinikmati’ jadi tema sambutan Hari Kebangsaan: Fahmi
15 jam lalu · Isu semasa
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
20 jam lalu · Isu semasa
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok