Anwar minta kerajaan negeri patuh keputusan berhubung isu rumah ibadat tak sah

February 10, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menggesa semua kerajaan negeri supaya mematuhi keputusan Kerajaan Persekutuan berkaitan pembinaan rumah ibadat tidak sah bagi memastikan kestabilan dan keselamatan negara terus terpelihara.

Beliau menegaskan sikap bertolak ansur tidak boleh diamalkan tanpa had sehingga menjejaskan undang-undang serta institusi negara.

“Negara ini tidak akan matang dan selamat jika kita terus mengamalkan tolak ansur tanpa batas.

“Tolak ansur ada kekuatannya, tetapi bukan sampai merobek kekuatan negara,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Dialog Antarabangsa Sastera dan Budaya Selangor (DASA 2026) di Universiti Selangor malam tadi.

Menurut Anwar, kerajaan telah menetapkan garis panduan jelas mengenai pembinaan rumah ibadat dan semua kerajaan negeri termasuk negeri pembangkang diminta mengetepikan perbezaan politik untuk melaksanakan dasar tersebut.

“Kita sudah buat keputusan dasar yang jelas, jadi marilah kita laksanakan sebaiknya demi negara,” katanya.

Beliau menjelaskan keputusan itu tidak dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya mengambil masa lebih dua tahun melalui penelitian serta perbincangan dengan pelbagai pihak.

Katanya, tempoh itu penting bagi memastikan setiap keputusan selaras dengan Perlembagaan dan tidak mencetuskan ketegangan kaum serta agama.

“Jika kita benar-benar rakyat Malaysia yang patuh kepada undang-undang, kenapa perlu ada pengecualian? Malaysia ialah negara hukum dan semua mesti terima hakikat ini,” katanya.

Isu pembinaan rumah ibadat tanpa kelulusan sering menjadi perdebatan di Malaysia kerana melibatkan sensitiviti agama, undang-undang tanah serta keharmonian masyarakat majmuk.

Kerajaan sebelum ini berdepan cabaran menyelaraskan pembangunan fizikal dengan kepentingan komuniti pelbagai agama.

Terdahulu, pada perhimpunan Kementerian Perpaduan di Putrajaya, Anwar menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan pembinaan rumah ibadat tanpa mematuhi peraturan.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
October 24, 2026· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
3 jam lalu · Isu semasa
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
6 jam lalu · Isu semasa
Dalang kapal bawa dadah RM785 juta dikenal pasti, polis buru suspek
6 jam lalu · Isu semasa
Sultan Selangor: Teguran demi rakyat, bukan pertelingkahan
10 jam lalu · Isu semasa
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok