Armada Bersatu dakwa kepimpinan PAS punca PN runtuh

October 20, 2026 · Politik

Armada Bersatu mendakwa kelemahan pengurusan kepimpinan PAS menjadi antara punca Perikatan Nasional (PN) berdepan krisis sehingga pendaftarannya dibatalkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).

Ketua Penerangan Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid berkata, kegagalan mengurus tatacara mesyuarat dengan teratur serta dakwaan pengabaian beberapa fasal perlembagaan gabungan itu menyebabkan PN berdepan kemelut yang boleh dielakkan.

Beliau mendakwa Ahmad Samsuri Mokhtar dan Takiyuddin Hassan mengendalikan PN seolah-olah gabungan itu hak milik peribadi, termasuk membuat keputusan penting tanpa mencapai konsensus menyeluruh dalam kalangan parti komponen.

Menurutnya, Armada mengambil maklum keputusan rasmi RoS bertarikh 20 Oktober 2026 yang membatalkan pendaftaran PN di bawah subperenggan 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966.

“Tamparan hebat ini adalah kemelut yang sepatutnya boleh dielakkan sekiranya pengurusan tertinggi gabungan menghormati asas pentadbiran pertubuhan.

“Keangkuhan itu telah menghancurkan sebuah wadah politik yang dibina atas air mata dan keringat akar umbi,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Harris turut membandingkan pentadbiran PN ketika dipimpin Muhyiddin Yassin dengan pengurusan gabungan itu selepas berlaku peralihan kepimpinan kepada Ahmad Samsuri tahun ini.

Beliau mendakwa Muhyiddin berjaya memelihara kedudukan PN secara teratur dan mematuhi undang-undang sejak gabungan itu ditubuhkan.

Sebaliknya, katanya, krisis yang tercetus selepas perubahan kepimpinan menunjukkan kelemahan dalam pengurusan gabungan berkenaan.

“Fakta sejarah membuktikan Muhyiddin Yassin telah memimpin dan memelihara kedudukan Perikatan Nasional dengan begitu baik, teratur dan patuh undang-undang sejak dari hari pertama penubuhannya,” katanya.

Dalam pada itu, Harris menegaskan maruah, hak dan suara ahli Bersatu di peringkat akar umbi perlu dipelihara ketika parti itu menentukan hala tuju politik seterusnya.

Beliau berkata, Armada mendesak satu pelan penstrukturan semula politik segera dirangka bagi memastikan Bersatu dapat meneruskan perjuangan selepas kemelut yang melanda PN.

“Bergerak ke hadapan, Armada mendesak agar satu pelan penstrukturan semula haluan politik segera digerakkan.

“Kami bersedia untuk bangkit membina semula kekuatan tanpa perlu tunduk kepada mana-mana pihak yang meletakkan kepentingan peribadi melebihi agenda perjuangan demi rakyat,” katanya.

PN ditubuhkan pada 2020 sebagai gabungan beberapa parti politik, termasuk Bersatu dan PAS, susulan perubahan landskap politik negara ketika itu.

Muhyiddin menjadi pengerusi pertama gabungan berkenaan sebelum berlaku perubahan kepimpinan pada 2026.

Berita berkaitan
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
10 jam lalu· Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
11 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
16 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN tanding 21 kerusi, DUN beri PAS tujuh
October 21, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
3 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
10 jam lalu · Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
12 jam lalu · Politik
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
16 jam lalu · Politik
Isu mafia korporat: NGO persoal motif serangan Rafizi
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok