Armada bidas Saifuddin Abdullah selepas gesa Presiden Bersatu berundur

21 jam lalu · Politik

Sayap pemuda Parti Bersatu, Armada, menggesa Ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Saifuddin Abdullah, agar meletakkan jawatan sekiranya beliau benar-benar hilang kepercayaan terhadap Presiden parti, Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan Armada, Harris Idham Rashid membalas terhadap kenyataan terbuka Saifuddin yang dilihat menyerang Muhyiddin dengan menyifatkan tindakan tersebut dilakukan dengan niat jahat untuk merosakkan kestabilan parti dan didakwa berlatarbelakangkan kepentingan peribadi.

“Jika Saifuddin hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden, adalah lebih baik beliau mengambil tindakan untuk meninggalkan parti.

“Tindakan beliau ini bukan demi kebaikan perjuangan bersama,” tegas Harris dalam satu kenyataan media.

Beliau turut mendesak Lembaga Disiplin Bersatu agar tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dan pantas.

“Tak perlu tunggu aduan, siasatan atau proses pendengaran yang berlarutan,” katanya.

Armada juga mengeluarkan amaran keras kepada semua ahli parti agar sentiasa memelihara disiplin dan menghormati wadah perjuangan.

“Sesiapa sahaja yang mengulangi perilaku sedemikian atau cuba menggugat kestabilan parti akan dianggap sebagai pengkhianat. Golongan ini harus disingkirkan dari Bersatu serta-merta,” ujarnya.

Kenyataan tegas Armada ini berikutan tindakan Saifuddin yang secara terbuka menggesa Muhyiddin berundur serta mempersoalkan kedudukan Setiausaha Agung parti, Mohammed Azmin Ali, dan Ketua Penerangannya, Tun Faisal Ismail Aziz.

Beliau mendakwa langkah itu bagi membersihkan parti daripada masalah moral yang menjejaskan reputasi.

Berita berkaitan
Dewan Rakyat kecoh, Wan Saiful ‘koyak’ jadi bahan sindiran MP DAP
October 27, 2025· Politik
ADUN Kuah bidas Wan Fayhsal sebagai ‘kacang lupakan kulit’, tiada kredibiliti
October 25, 2025· Politik
PAS mahu jaga keharmonian, tak terima kemasukan Wan Fayhsal
October 25, 2025· Politik
Keputusan Muhyiddin tolak kerajaan perpaduan tepat, bekas pembantu bidas Wan Fayhsal
October 22, 2025· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi sedia hadapi saman RM10 juta dikemuka Farhash di mahkamah nanti
2 jam lalu · Politik
Shahidan kini pengerusi baharu PN Perlis ganti Menteri Besar
2 jam lalu · Politik
Farhash saman Rafizi RM10 juta gara-gara dua video didakwa berunsur fitnah
22 jam lalu · Politik
Pemberhentian peruntukan Parlimen: Rayuan semakan kehakiman Syed Saddiq ditolak
22 jam lalu · Politik
Kes hasutan: Papagomo dibebaskan selepas direman sehari
October 26, 2025 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Langkah perangi scam dan buli siber diperhebat, buru pesalah
October 14, 2025
[VIDEO] Selepas dipecat Bersatu jadi dalang SD, Wan Saiful anggap dirinya jadi mangsa
October 14, 2025

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok