ASEAN perkukuh kerjasama perangi jenayah siber dan rentas sempadan: Mohamad

October 25, 2025 · Isu semasa

ASEAN kini mengguna pakai pendekatan yang lebih inovatif bagi menangani ancaman jenayah rentas sempadan dan siber yang kian meruncut, kata Menteri Luar, Mohamad Hasan.

Beliau berkata, inisiatif Malaysia telah membawa kepada penubuhan Kumpulan Kerja mengenai Pengubahan Wang Haram di bawah Mesyuarat Pegawai Kanan mengenai Jenayah Transnasional (SOMTC), yang akan meningkatkan penyelarasan serantau memerangi jenayah kewangan dan rangkaian jenayah berasaskan siber.

“Isu keselamatan kompleks yang kita hadapi sangat mempengaruhi struktur masyarakat dan menimbulkan ancaman langsung kepada daya tahan ekonomi serta keselamatan negara.

“Ini mengingatkan kita tentang kepentingan untuk mengukuhkan kerjasama dan usaha serantau,” tegas Mohamad dalam ucapan perasmiannya di Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC) ke-30.

Mohamad menyeru semua negara anggota memperkukuh tindakan kolektif bagi melindungi keamanan serantau, terutamanya ketika ASEAN beralih kepada Pelan Strategik 2045.

Beliau menekankan keperluan untuk terus anjal dalam menghadapi cabaran keselamatan global yang semakin mencabar.

“Mengukuhkan mekanisme kerjasama merentasi bidang pertahanan, penguatkuasaan undang-undang dan institusi undang-undang, adalah penting demi menjaga keamanan dan kestabilan serantau,” ujarnya.

Mengenai kerjasama pertahanan, Mohamad menyatakanplatform seperti Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) telah berjaya memacu latihan bersama dan mengembangkan kerjasama dalam bidang baharu seperti keselamatan siber dan maritim.

Beliau juga mendedahkan menteri-menteri pertahanan telah bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) untuk pertahanan.

Sementara itu, beliau turut memuji Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) atas usaha memperjuangkan hak kepada persekitaran yang sihat serta mengukuhkan perlindungan untuk mangsa pemerdagangan manusia.

Ditambahnya, Perjanjian Ekstradisi ASEAN yang dinanti-nantikan kini di peringkat akhir dan dijangka ditandatangani bulan depan.

Manakala, penubuhan Mesyuarat Agung Pendakwa/Peguam Negara ASEAN (APAGM) dijangka akan melonjakkan lagi usaha memerangi jenayah rentas negara.

Mohamad menggesa blok serantau itu agar kekal bersatu dan berpandangan ke hadapan dalam mengharungi landskap keselamatan global yang kompleks.

Berita berkaitan
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
6 jam lalu· Politik
UMNO jangan bergantung parti lain, bina kekuatan sendiri : Mohamad
September 12, 2026· Politik
Fahmi : Penjual dadah guna istilah pelik, kelirukan pengguna dalam talian
September 10, 2026· Isu semasa
Fahmi: Ekonomi digital ASEAN sasar AS$2 trilion menjelang 2030
September 10, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
2 jam lalu · Isu semasa
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
2 jam lalu · Isu semasa
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
2 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
5 jam lalu · Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok