AUKU dimansuh, mahasiswa diberi ruang bersuara: Anwar

August 28, 2026 · Isu semasa

Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bertujuan memberi lebih ruang kepada mahasiswa untuk bersuara, berfikir secara kritis serta mengembangkan kreativiti dan daya cipta.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata golongan mahasiswa perlu diberikan kebebasan mengemukakan pandangan dan membincangkan isu secara terbuka, selain dibimbing menilai sesuatu perkara berdasarkan fakta dan ilmu.

“Anak-anak sudah 18 tahun. Mereka boleh mengundi, jadi mengapa perlu disekat?

“Saya hapuskan akta universiti untuk memberikan ruang kepada anak-anak untuk bicara secara bebas kerana saya mahu mendidik mereka dengan daya cipta, kreativiti, penilaian dan pandangan kritis,” katanya semasa Sesi Temu Anwar Bersama Pelajar sempena Program Ambang Merdeka Sahabat MADANI di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Anwar berkata kebebasan bersuara perlu disertai kemampuan menilai sesuatu isu secara matang, bukannya berdasarkan sentimen, bagi melahirkan generasi pemimpin yang berwibawa.

Menurutnya, pemimpin politik juga mempunyai tanggungjawab mendidik masyarakat berasaskan fakta dan ilmu serta mengelakkan pendekatan yang mengeksploitasi sentimen perkauman.

Mengulas minat golongan muda untuk menyertai politik, Anwar berkata mereka perlu memiliki *courage of conviction*, iaitu keberanian mempertahankan pendirian berdasarkan keyakinan dan ilmu.

“Politik merupakan bidang mulia jika kita menjadikannya mulia, namun ia boleh jadi kotor dan penuh rasuah sekiranya kita mudah dipengaruhi mereka yang terang-terangan mengamalkan rasuah.

“Silakan sertai politik. Jika kita bercakap mengenai masyarakat, komuniti dan negara, pastikan kita menceburi politik dan berkhidmat kerana cinta kepada negara ini serta yakin akan masa depannya,” katanya.

Sesi berkenaan menghimpunkan 800 generasi muda terdiri daripada 400 pelajar Tingkatan Lima, 277 pelajar Tingkatan Enam dan 123 pelajar IPG Kampus Tuanku Bainun.

Program itu memberi peluang kepada golongan muda berdialog secara langsung dengan Perdana Menteri, selain menyuarakan pandangan dan bertukar idea mengenai peranan mereka dalam pembangunan negara.

Pada sebelah pagi, program turut diisi dengan Tuisyen Belia MADANI membabitkan 400 pelajar Tingkatan Lima daripada 10 sekolah sekitar Permatang Pauh bagi persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelajar turut mengikuti sesi motivasi bagi meningkatkan keyakinan menghadapi SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), selain penyampaian Sumbangan Sejahtera MADANI–Pendidikan kepada 10 murid. – Bernama

Berita berkaitan
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
18 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
21 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
21 jam lalu· Politik
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
12 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
October 26, 2026 · Isu semasa
Tanah LTAT RM420 juta dijual kepada AS melalui tender: Khaled Nordin
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok