Himpunan tangkap Azam Baki yang diadakan di ibu kota.
Azam Baki tidak terlalu mengambil kisah jika tidak disukai oleh pihak tertentu dan akan menumpukan sepenuhnya kepada tugas untuk mengemudi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pesuruhjaya SPRM itu ditanya bagi mengulas desakan beberapa pihak mahu berhimpun bagi mempertikai pelantikan semulanya, disamping turut menjadi sasaran orang politik.
“Terpulanglah, saya ni memang orang tak suka. Terpulanglah. Ini negara merdeka. Ini negara bebas,” katanya dipetik laporan media.
Sebelum ini, Sekretariat Undur Azam Baki merancang untuk mengadakan bantahan terhadap lanjutan kontrak Azam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 8 malam Sabtu ini.
Kumpulan itu dilaporkan berkata, himpunan tersebut akan menjadi medan bagi rakyat menyuarakan pendirian terhadap pelantikan semula Azam.
Sekretariat Undur Azam Baki itu berfungsi sebagai gelanggang untuk rakyat menyuarakan bantahan tegas mereka terhadap kepimpinan berterusan Azam dalam suruhanjaya antirasuah itu, di samping menuntut reformasi institusi menyeluruh SPRM.
Sebelum ini juga, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar antara individu yang lantang mengkritik pelantikan semula Azam Baki.
Beliau menyifatkan pelantikan Azam yang kini memasuki penggal ketiga sebagai peneraju SPRM sebagai keputusan berkenaan sebagai tidak wajar.
Calon Timbalan Presiden PKR itu juga bersedia menyampaikan bantahan terhadap keputusan penyambungan kontrak Azam kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya diberi mandat dalam pemilihan parti akan datang.
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.93 hingga RM3.98: Laporan
SUHAKAM bantah guna SOSMA terhadap kanak-kanak
Penipuan pelaburan cecah RM188 juta awal tahun ini: Polis
Konflik Asia Barat dijangka beri tekanan inflasi kepada negara: Akmal Nasrullah
Ekonomi negara masih kukuh hadapi krisis Asia Barat: Zafrul
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan