Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat

September 6, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kelewatan pengagihan baja kepada pesawah di Kedah yang didakwa menjejaskan golongan petani terbabit.

Arahan itu dibuat susulan aduan pesawah yang menyuarakan kebimbangan mengenai kelewatan berkenaan, malah memorandum berkaitan isu itu turut diserahkan kepada Perdana Menteri.

Anwar berkata, kerajaan perlu menyiasat punca sebenar masalah itu, termasuk mengenal pasti syarikat yang diberikan tanggungjawab mengagihkan baja kepada pesawah.

“Kita perlu tahu apa puncanya. Syarikat mana yang diberi tanggungjawab, adakah mereka menunaikan janji atau tidak.

“Jika tidak, mengapa tiada tindakan terhadap mereka?” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan tidak boleh berdiam diri sekiranya syarikat yang dilantik gagal melaksanakan tanggungjawab, lebih-lebih lagi apabila kelemahan itu akhirnya memberi kesan kepada petani dan pesawah.

Beliau turut memberi amaran tindakan tegas perlu diambil terhadap syarikat yang berulang kali gagal memenuhi tanggungjawab mereka.

“Kalau syarikat seperti ini berulang kali melakukan kesilapan, batalkan kontrak. Ambil syarikat baharu, jangan jadikan petani dan pesawah sebagai mangsa, ambil tindakan,” katanya.

Anwar berkata, kerajaan perlu meneliti sama ada syarikat terbabit sudah memenuhi syarat dan tanggungjawab yang ditetapkan sebelum menentukan tindakan susulan.

Isu bekalan baja bukan perkara kecil bagi pesawah kerana kelewatan menerima input pertanian boleh mengganggu jadual penanaman dan memberi kesan kepada pengurusan tanaman serta hasil pengeluaran.

Kerajaan sebelum ini menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan sokongan kepada sektor pertanian bagi mengurangkan beban petani serta memastikan pengeluaran makanan negara terus terjamin.

Justeru, Anwar menegaskan pelaksanaan bantuan tidak sepatutnya terganggu akibat kelemahan pihak yang diberikan kontrak.

Arahan supaya SPRM menyiasat isu berkenaan juga dilihat memberi isyarat jelas kerajaan mahu setiap kelemahan dalam pengurusan bantuan pertanian diteliti dan pihak yang gagal menjalankan tanggungjawab tidak terus diberi ruang.

Berita berkaitan
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
18 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Semua kawasan Parlimen dapat peruntukan pembangunan
19 jam lalu· Politik
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
October 26, 2026· Isu semasa
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
9 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
15 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok