Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Bazar Raya Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) 2026 akan berlangsung di 1,098 lokasi di seluruh negara bermula Sabtu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada usahawan komuniti memasarkan produk mereka.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan program itu menyasarkan penyertaan sehingga 10,000 usahawan, meningkat dua kali ganda berbanding edisi tahun lalu.
Menurut MCMC, inisiatif di bawah Perkhidmatan Pintar NADI itu bukan sekadar platform jualan sempena musim perayaan, malah menjadi usaha berterusan untuk memperkasa ekonomi digital di peringkat komuniti.
“Bazar Raya NADI 2026 merupakan kesinambungan daripada penganjuran pada 2025. Ia bukan hanya ruang jualan bermusim, tetapi sebahagian daripada usaha berterusan bagi memperkukuh ekosistem ekonomi digital komuniti,” menurut kenyataan MCMC.
Tambah kenyataan itu, program tersebut juga bertujuan merapatkan jurang digital serta meningkatkan daya saing sosioekonomi rakyat selaras dengan matlamat penubuhan pusat NADI di seluruh negara.
Selain aktiviti jualan, bazar berkenaan turut melibatkan kerjasama strategik antara MCMC dan beberapa agensi kerajaan menerusi penganjuran Jualan Rahmah Madani serta Jualan Agro Madani.
Menurut MCMC, kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bertujuan membantu orang ramai mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih mampu milik menjelang Aidilfitri.
“Usaha ini menyokong aspirasi kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat, khususnya ketika musim perayaan,” katanya.
Di samping itu, beberapa pengisian komuniti turut diadakan di lokasi bazar termasuk Kempen Internet Selamat yang memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan keselamatan dalam talian serta penggunaan teknologi secara bertanggungjawab.
Bazar Raya NADI di Padang Bola Sri Johor 4AB, Bandar Tun Razak telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Terdahulu, majlis pelancaran peringkat nasional atau “kick-off” program tersebut disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada 7 Mac lalu di NADI PPR Kerinchi.
Program itu turut dipromosikan di beberapa lokasi utama lain termasuk NADI Sungai Tua di Gombak, Selangor; NADI Kampung Dato’ Ahmad Said Tambahan 2 di Ipoh, Perak; Kulai di Johor serta NADI Kubang Semang di Pulau Pinang.
Harga minyak boleh naik hingga AS$150 setong jika konflik berlarutan
Kapal Malaysia tersekat di Selat Hormuz dikepung tentera AS: Mohamad Hasan
Isu stesen minyak kehabisan bekalan, Loke nafi negara berdepan krisis bahan api
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan