Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi

September 7, 2026 · Isu semasa

Penyelarasan Pusat Komuniti Desa (PKD) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) disasar dimuktamadkan sebelum memorandum Jemaah Menteri dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam tempoh sebulan.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, tempoh itu perlu dimanfaatkan untuk menetapkan garis masa, pembahagian peranan serta indikator keberhasilan yang jelas antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Kementerian Komunikasi.

Beliau menegaskan kerjasama antara kedua-dua kementerian tidak sepatutnya berlarutan sehingga menimbulkan kekeliruan atau menyebabkan pihak terbabit saling berbalas surat dan kenyataan.

“Kerjasama tidak boleh menyebabkan tanggungjawab menjadi kabur. Bagi setiap keputusan, mesti jelas siapa yang menerajui, siapa yang melaksanakan dan bila ia mesti diselesaikan.

“Saya mengharapkan Fahmi Fadzil, selepas bengkel ini, memorandum Jemaah Menteri antara kita, sama-sama kita duduk dan muktamadkan, untuk kita sama-sama bawa ke mesyuarat Kabinet dalam tempoh sebulan dari hari ini.

“… Saya bekerja dengan real tough target date and timeline (tarikh sasaran dan garis masa yang sangat mencabar),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Bengkel Kerjasama Strategik PKD, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta NADI Kementerian Komunikasi, hari ini.

Penyelarasan PKD dan NADI dilihat penting bagi memastikan peranan kedua-dua rangkaian pusat komuniti di kawasan luar bandar dapat dilaksanakan secara lebih tersusun tanpa pertindihan fungsi.

PKD berada di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, manakala NADI dikendalikan Kementerian Komunikasi sebagai pusat penyebaran maklumat serta akses digital kepada masyarakat.

Dengan sasaran memorandum dibawa ke Kabinet dalam tempoh sebulan, Ahmad Zahid mahu keputusan berkaitan pembahagian tugas dan pelaksanaan kerjasama itu dibuat dengan garis masa yang jelas serta tanggungjawab setiap pihak ditetapkan.

Langkah itu juga diharap dapat memastikan kerjasama kedua-dua kementerian bergerak daripada peringkat perbincangan kepada pelaksanaan yang lebih berkesan di lapangan.

Berita berkaitan
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
4 jam lalu· Isu semasa
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
9 jam lalu· Politik
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
Duti hiburan dikecualikan, tiket filem tempatan dijangka murah: Fahmi
18 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
9 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
9 jam lalu · Isu semasa
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
12 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin membimbangkan, tiada kawasan catat IPU sihat
16 jam lalu · Isu semasa
Hantaran KWSP RM100,000 warnai pernikahan Syed Saddiq, Bella
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok