Bekas COO Tabung Haji masuk hospital, prosiding kes mahkamah ditangguh

September 3, 2026 · Isu semasa

Prosiding pertuduhan terhadap bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH) di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini ditangguhkan selepas beliau dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah jantung.

Bekas pegawai kanan itu dilaporkan mengalami sakit dada sebelum dimasukkan ke hospital pada 31 Ogos lalu.

Peguamnya, Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, mengesahkan perkara itu ketika prosiding di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Isteri tertuduh yang hadir di mahkamah turut memaklumkan suaminya mengalami sakit dada pada hujung minggu lalu sebelum mendapatkan rawatan di hospital.

Menurutnya, suaminya perlu menjalani beberapa pemeriksaan termasuk elektrokardiogram (ECG) dan angiogram bagi mengenal pasti keadaan jantungnya.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muaz Ahmad Khairuddin, menyerahkan kepada budi bicara mahkamah untuk menentukan sama ada prosiding pertuduhan perlu diteruskan.

Selepas mengambil kira penjelasan pihak pembelaan serta keterangan isteri tertuduh, Awang Kerisnada menangguhkan prosiding kepada 24 September, jam 9 pagi.

“Mahkamah berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan menetapkan tarikh baharu pada 24 September,” katanya.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Wan Azwan memaklumkan anak guamnya sepatutnya berdepan tiga pertuduhan berkaitan rasuah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Kes itu berkait dengan siasatan SPRM terhadap beberapa isu pengurusan dan pelaburan TH yang tercetus susulan krisis kewangan institusi berkenaan.

Krisis kewangan TH sebelum ini dikaitkan dengan isu ketidakpadanan antara aset dan liabiliti, sekali gus mendorong pelaksanaan pelan pemulihan berskala besar.

Perkembangan itu turut membawa kepada penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti beberapa isu berkaitan TH, termasuk pelaburan pajakan hotel di Makkah dan Madinah.

Pada 14 Ogos lalu, SPRM menahan tujuh individu bagi membantu siasatan, termasuk bekas menteri, bekas CEO sebuah syarikat perkapalan, pengarah syarikat pembinaan, bekas pengarah syarikat serta empat bekas anggota pengurusan kanan TH.

Berita berkaitan
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
5 jam lalu· Politik
NGO desak SPRM, AG jelaskan status siasatan RM1.1 bilion libat Rafizi
15 jam lalu· Politik
Kes Jalur Gemilang: Representasi Akmal ditolak, mahu kemuka permohonan kedua
October 26, 2026· Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
October 23, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
5 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
12 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
15 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok