Bekas speaker Dewan Negara didakwa terima suapan kereta mewah

June 26, 2025 · Isu semasa

Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara Mohamad Ali Mohamad didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan menerima suapan berupa sebuah kereta mewah pada 2015.

Mohamad Ali semasa dibacakan pertuduhan membuat pengakuan tidak bersalah menerima suapan berupa sebuah Range Rover Sport pada 2015 sebagai dorongan menganugerahkan kerja subkontraktor projek tambakan laut di Melaka.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM60,000 dan syarat tambahan termasuk penyerahan pasport serta larangan menghubungi saksi; kes akan disebut semula pada 14 Ogos dan dijangka dibicarakan bersama 20 pertuduhan rasuah lain yang dihadapi di Shah Alam.

Mohamad Ali membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Ali didakwa secara rasuah menerima untuk dirinya satu suapan berupa sebuah kenderaan jenis Range Rover Sport daripada seorang pengarah syarikat sebagai dorongan untuk menganugerahkan kerja-kerja subkontraktor bagi projek tambakan laut di Kota Laksamana.

Dia dituduh menerima suapan itu di pejabat syarikat berkenaan di Taman Kota Syahbandar, dalam daerah Melaka Tengah pada Jun 2015.

Mohamad Ali didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memohon agar Mahkamah Sesyen Ayer Keroh menerima pakai syarat jaminan yang ditetapkan ketika tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 18 Jun lepas.

Syarat itu merangkumi jaminan sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dilarang menghubungi mana-mana saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Ahmad Akram turut memohon agar kes Mohamad Ali di Mahkamah Sesyen Shah Alam dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh dan dibicarakan bersama pertuduhan yang dikenakan hari ini.

Peguam tertuduh Md Yunos Shariff, tidak membantah permohonan tersebut.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Pada 18 Jun lepas, media melaporkan seorang bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas 20 pertuduhan menerima rasuah berbentuk wang tunai berjumlah RM235,000 dan tiga kereta mewah bagi projek tambak laut di Melaka.- Bernama

Berita berkaitan
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
7 jam lalu· Politik
CAP: Skandal Tabung Haji perlu disiasat hingga ke akar
August 17, 2026· Isu semasa
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
August 16, 2026· Politik
Anak nafi dakwaan tular Abdul Azeez ditahan SPRM
August 16, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
2 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
2 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
5 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok