Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin.
UMNO belum membuat sebarang keputusan mengenai calon Ketua Menteri Sabah bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, kata Mohamed Khaled Nordin.
Naib Presiden UMNO itu berkata adalah terlalu awal untuk membincangkan perkara tersebut, susulan kenyataan terbuka Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin yang meminta pengundi mempertimbangkannya untuk jawatan itu.
“Parti belum buat keputusan. Soal itu terlalu awal, ‘premature’. Itu sahaja saya boleh kata,” jelasnya kepada media selepas menghadiri program di Universiti Putra Malaysia (UPM).
Mohamed Khaled berkata, semua pihak perlu menghormati proses dan perbincangan dalaman parti terlebih dahulu walaupun setiap pemimpin mempunyai aspirasi sendiri, ia bukanlah jaminan untuk dilantik sebagai calon.
Menurutnya, keutamaan UMNO bagi PRN Sabah adalah untuk memastikan jentera parti benar-benar bersedia, dan bukannya membincangkan siapa yang akan mengetuai kerajaan negeri pada peringkat ini.
Kenyataan ini memberikan gambaran bahawa UMNO masih mengekalkan pendiriannya untuk tidak terburu-buru dalam isu calon Ketua Menteri.
Bung Moktar, yang pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri I, digugurkan dari Kabinet negeri selepas krisis Langkah Kinabalu pada Januari 2023.
Beliau kekal sebagai figura penting dalam politik Sabah meskipun sedang berdepan kes rasuah di mahkamah.
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
10 ADUN Negeri Sembilan cabar pembatalan pelantikan Exco di mahkamah
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum