Muhyiddin dan PMO tidak campur tangan projek Jana Wibawa, mahkamah diberitahu

August 17, 2026 · Politik

Bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, Lokman Nasir, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, tiada campur tangan daripada bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin atau Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam pelaksanaan projek Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Klang Utara bernilai RM141 juta.

Lokman yang dilantik sebagai Pegawai Penguasa (SO) projek pada 12 Januari 2022 berkata, beliau tidak pernah dihubungi Muhyiddin atau PMO untuk membantu kontraktor yang dilantik, Nepturis Sdn Bhd.

Beliau juga memberitahu mahkamah, dirinya tidak terbabit dalam proses penilaian awal atau pemilihan kontraktor sebelum dilantik mengawasi projek berkenaan.

Ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela, Chetan Jethwani, Lokman bersetuju tiada sebarang tekanan eksekutif atau politik dikenakan terhadapnya sepanjang menguruskan projek itu.

“Sepanjang penyeliaan projek ini, tiada campur tangan daripada Pejabat Perdana Menteri,” katanya ketika menjawab soalan peguam.

Lokman turut mengesahkan beliau tidak pernah menerima panggilan atau bertemu Muhyiddin atau wakil pejabatnya untuk membantu kontraktor terbabit.

Dalam keterangannya, Lokman menjelaskan projek berkenaan dibiayai Kementerian Dalam Negeri dan pembayaran dibuat berdasarkan sijil bayaran interim mengikut kontrak standard JKR.

Sebanyak 13 sijil bayaran interim disediakan antara Februari 2022 hingga Februari 2023, dengan jumlah bayaran berubah mengikut kemajuan kerja. Antaranya termasuk baucar bayaran pendahuluan RM10 juta pada Februari 2023.

Beliau berkata, sebarang kerja tidak mematuhi spesifikasi atau belum disiapkan boleh menyebabkan potongan bayaran dikenakan mengikut terma kontrak. Bagaimanapun, tiada potongan akibat ketidakpatuhan direkodkan sepanjang tempoh beliau menyelia projek itu.

Lokman turut menjelaskan tugasnya lebih tertumpu kepada pengurusan dan pemantauan pentadbiran, manakala pemantauan harian di tapak dilakukan wakil Pegawai Penguasa.

“Saya mengurus dan memantau pelaksanaan projek, tetapi dari aspek penyeliaan di tapak, ia dijalankan wakil Pegawai Penguasa,” katanya.

Mahkamah turut dimaklumkan kontrak projek itu ditetapkan selama 191 minggu dan sepatutnya berakhir pada September 2025. Namun, sijil bayaran interim yang dikemukakan kepada Lokman hanya sehingga Februari 2023, ketika kemajuan kerja direkodkan pada 6.42 peratus.

Lokman berkata, beliau tidak dapat memberi keterangan mengenai perkembangan projek selepas bersara daripada perkhidmatan awam pada 19 April 2024.

Keterangan itu diberikan dalam perbicaraan kes Muhyiddin yang menghadapi tujuh pertuduhan, termasuk empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM225.3 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta.

Beliau didakwa menerima suapan daripada Azman Yusoff serta tiga syarikat, termasuk Nepturis dan Mamfor Sdn Bhd, untuk kepentingan Bersatu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin bersambung esok.

Berita berkaitan
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu· Politik
Bekas menteri bakal didakwa esok berhubung RCI Tabung Haji
23 jam lalu· Politik
RCI Tabung Haji: Bekas menteri didakwa Isnin depan atas 3 pertuduhan
September 11, 2026· Isu semasa
Peguam nafi Azeez pilih baju lokap, gari
September 9, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu · Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
5 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
15 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu · Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok