Parti Bersatu.
Bersatu Terengganu mendesak seluruh pimpinan tertinggi parti menghentikan sebarang perbalahan awam mahupun di media sosial, bagi menyelamatkan parti yang didakwa sedang melalui fasa genting.
Dalam satu kenyataan, Bersatu Terengganu menyifatkan pertelagahan dalaman yang berterusan telah menjejaskan imej parti serta menghakis keyakinan rakyat terhadap kemampuan parti sebagai peneraju perubahan.
Mereka juga menggesa Timbalan Presiden, Hamzah Zainuddin, agar mengisytiharkan gencatan politik serta mengambil langkah proaktif memulihkan perpaduan.
“Beliau perlu menafikan dengan jelas sebarang dakwaan keterlibatan dalam gerakan subversif, pengumpulan SD atau percubaan menggugat kepimpinan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” menurut kenyataan tersebut.
Kenyataan itu turut meminta Hamzah supaya memberikan penjelasan berhubung dakwaan yang mengaitkannya dengan gerakan bersama-sama individu yang menyerang pemimpin tinggi parti Bersatu.
“Beliau juga perlu membersihkan persepsi terhadap hubungan dengan mana-mana ahli yang sedang berdepan tindakan tatatertib serta memberi penjelasan telus mengenai isu pasca PRN Sabah,” katanya lagi.
Sementara itu, Bersatu Bahagian Kuala Terengganu pula menggesa semua peringkat kepimpinan di seluruh negara agar tunduk patuh kepada keputusan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2025 dan menuntut kesepakatan jelas dalam menyokong kepimpinan parti sedia ada.
“Tumpuan Bersatu mesti kembali kepada rakyat, bukan kepada drama politik dalaman.
“Pihak lawan kini sedang mengambil sepenuhnya peluang daripada perpecahan ini untuk melemahkan sokongan terhadap Bersatu,” tegas kenyataan yang sama.
Mereka memberi amaran, tiada parti yang mampu memenangi Pilihan Raya Umum sekiranya kepimpinan terus bercakaran.
“Kami mahu melihat Bersatu kembali kuat, tersusun dan bersatu di bawah satu kepimpinan,” tekan kenyataan itu, mengakhiri gesaan supaya semua pihak menghentikan gerakan yang boleh membawa perpecahan dan menghormati keputusan Lembaga Disiplin parti.
Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
PAS jangan diam, jelaskan peranan wakil dalam krisis Negeri Sembilan: AMK
MP Pendang tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar, kes saman selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum