BN masih runding, keputusan kerjasama tunggu selepas mesyuarat SPR: Zahid

October 4, 2026 · Politik

Barisan Nasional (BN) hanya akan mengumumkan bentuk kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas pada 7 Oktober ini.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, rundingan dengan parti-parti berkaitan kini berada pada tahap hampir muktamad, namun keputusan akhir hanya akan dibuat selepas SPR menetapkan tarikh penting PRN Melaka.

Menurutnya, rundingan dengan pihak yang berpotensi menjadi rakan kerjasama kini mencapai tahap 9.5 daripada skala 10.

“Perbincangan 9.5. Kami berbincang dengan kedua-duanya dan akan menunggu keputusan pengumuman SPR pada 7 Oktober.

“Selepas itu akan ada pengumuman dengan gabungan mana kita akan bekerjasama atau jalinan kesefahaman untuk bergerak pada PRN Melaka,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Wacana Semarak Patriotisme: Seminar Ilmuwan Islam di Dewan Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM), hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata BN terbuka terhadap sebarang keputusan PAS berkaitan penggunaan logo pada PRN Melaka.

Katanya, BN tidak mempunyai masalah sekiranya PAS memilih untuk menggunakan logo sendiri, seperti dilakukan parti itu pada PRN Johor dan Negeri Sembilan sebelum ini.

“Kami tidak ada masalah kalau mereka mahu menggunakan logo yang akan mereka kemukakan. Itu soal parti mereka.

“Tentunya BN dan rakan-rakan dalam gabungan akan tetap menggunakan logo kami,” katanya.

Ahmad Zahid turut menegaskan BN terbuka untuk meneruskan rundingan dengan Pakatan Harapan (PH), sekali gus memberi gambaran kerjasama antara kedua-dua blok politik masih menjadi antara pilihan yang sedang dipertimbangkan.

“Kami sangat terbuka,” katanya ringkas.

PRN Melaka menjadi perhatian selepas perkembangan berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka membuka laluan kepada pilihan raya negeri berkenaan.

SPR dijadual mengadakan mesyuarat pada 7 Oktober bagi menentukan perjalanan PRN Melaka, termasuk tarikh penting pilihan raya.

Sebanyak 28 kerusi DUN akan dipertandingkan, menjadikan rundingan pembahagian kerusi dan bentuk kerjasama antara parti antara perkara utama yang kini diperhatikan.

Keputusan BN untuk menunggu pengumuman SPR sebelum memuktamadkan kerjasama juga dijangka menentukan hala tuju persaingan politik Melaka, khususnya melibatkan BN, PH dan PAS.

Berita berkaitan
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
4 jam lalu· Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
12 jam lalu· Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
12 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
16 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
11 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
11 jam lalu · Politik
Abu Bakar kekal MB Perlis walaupun digantung keahlian Bersatu: Laporan
17 jam lalu · Politik
Isu mafia korporat: NGO persoal motif serangan Rafizi
17 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN tanding 21 kerusi, DUN beri PAS tujuh
October 21, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok