BN utamakan isu air, elektrik dan jalan raya dalam manifesto PRN Sabah kali ini: Zahid

November 21, 2025 · Politik

Isu bekalan air, elektrik, dan jalan raya yang sering membelenggu rakyat Sabah dijangka menjadi teras utama Manifesto Barisan Nasional (BN) negeri ini yang akan dilancarkan secara rasmi pada Sabtu.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, yang memberitahu perincian manifesto tersebut akan dibentangkan oleh Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin.

“Perincian antara lain adalah untuk ‘Bikin Balik Sabah’, ertinya masalah tiga serangkai yang menjadi permasalahan selama ini,” jelas Zahid kepada pemberita selepas melancarkan program Sentuhan Kasih Desa@Papar.

Beliau menambah, manifesto itu turut akan memberi penekanan terhadap pelaburan, perumahan untuk keluarga muda, dan sektor pelancongan.

Zahid juga berkata manifesto BN Sabah akan memberi tumpuan khusus untuk menangani isu pengangguran dalam kalangan belia negeri tersebut kerana kira-kira 17 peratus atau 165,000 orang belia di Sabah merupakan penganggur.

“Jadi dalam manifesto itu akan mengesyorkan beberapa kaedah supaya pengangguran di Sabah ini dikurangkan.

“Ini kerana satu dari lima pengangguran itu berada di Sabah,” ujarnya.

Menurutnya, salah satu pendekatan penyelesaian adalah melalui ekosistem pendidikan baharu di bawah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Kebetulan saya juga Pengerusi Majlis TVET Negara dan Insya-Allah pendidikan TVET ini akan ditekankan di Sabah dan kita mahu anak-anak Sabah biarlah kerja di Sabah. Kita wujudkan industri melalui pelaburan,” katanya sambil menyatakan hasrat untuk menarik pulang tenaga kerja Sabah yang kini bekerja di semenanjung.

Mengenai persoalan kelewatan pelancaran manifesto berbanding tempoh kempen yang sudah seminggu, Zahid menegaskan ia merupakan strategi media yang disengajakan.

“Saya minta ia ditangguhkan kerana apabila hari kempen telah bermula seminggu, jadi orang mahu tahu tentang manifesto kita.

“Adalah lebih baik kita pilih dari segi strategi media,” jelasnya.

Berita berkaitan
Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’
1 jam lalu· Politik
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
22 jam lalu· Politik
Rundingan PAS-BN positif tapi belum muktamad
24 jam lalu· Politik
Hadi: Semua kerusi PAS wajib dipertahan pada PRU depan
September 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
September 5, 2026 · Politik
Kerajaan bergolak saling menyerang, PAS cadang bubar Parlimen
2 jam lalu · Politik
Muktamar PAS desak lesen judi dihentikan beri kuasa kepada Negeri
2 jam lalu · Politik
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
16 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok