Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
Spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kembali hangat susulan dakwaan satu sidang khas DUN bakal diadakan pada 24 Jun ini.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata sidang khas itu berkemungkinan besar berkaitan dengan proses pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), namun ia hanya boleh berlaku selepas mendapat perkenan Sultan Johor.
Menurut beliau, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi perlu terlebih dahulu menasihati Sultan Johor mengenai hasrat untuk membubarkan DUN sebelum perkara itu boleh dibawa ke sidang khas.
“Pembubaran DUN Johor perlu dimaklumkan kepada Sultan Johor terlebih dahulu sama ada pada atau sebelum 24 Jun.
“Menteri Besar bertanggungjawab mendapatkan perkenan Sultan bagi tujuan itu,” katanya dipetik laporan BH.
Beliau bagaimanapun mengakui tidak pasti sama ada perkara tersebut sudah dipersembahkan kepada pihak istana.
Hassan turut berkata, sekiranya Sultan Johor memperkenankan cadangan berkenaan, maka sidang khas DUN itu wajar digunakan untuk mengemukakan usul pembubaran DUN Johor.
“Ada kemungkinan besar jika sidang khas itu benar-benar diadakan, agenda utamanya ialah pembubaran DUN Johor,” katanya.
Terdahulu, tersebar satu mesej yang memaklumkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional diminta ‘mengunci’ tarikh 24 Jun kerana dijangka berlangsungnya Persidangan Dewan Negeri Khas.
Bagaimanapun, Hassan memaklumkan tidak menerima sebarang jemputan atau notis rasmi berhubung sidang berkenaan.
Untuk rekod, Johor mengadakan PRN pada Mac 2022 selepas DUN dibubarkan lebih awal susulan kemelut politik negeri ketika itu.
Pilihan raya tersebut menyaksikan Barisan Nasional memperoleh kemenangan besar dengan menguasai majoriti dua pertiga kerusi DUN.
Secara rasmi, penggal DUN Johor hanya akan berakhir pada tahun 2027.
Polis rakam keterangan Tony Pua petang tadi selepas 77 terima laporan
AGC bantah semakan kehakiman kes Zahid yang dimohon Badan Peguam
Jangan mainkan isu Raja dan agama demi kepentingan politik: Amirudin
Malaysia aman jika tiada DAP: Dewan Ulama PAS
Hassan tegur DAP isu titah Sultan Selangor, boleh beri kesan buruk kepada PH
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi