Cadangan berdebat dengan Nurul Izzah saya sedia terima: Rafizi

May 15, 2025 · Politik

Tiada masalah untuk berdebat dengan Nurul Izzah Anwar, kata Rafizi Ramli yang sedang bertanding dalam pemilihan PKR bagi jawatan Timbalan Presiden.

Menteri Ekonomi itu menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan anak Presiden PKR itu, malah sebelum ini sudah pernah tampil berdebat dengan lawan politik yang lain yang dianggapnya lebih susah.

“Saya dah berdebat dengan KJ (Khairy Jamaluddin), saya juga dah berdebat dengan Ahli Parlimen Bachok (Mohd Syahir Che Sulaiman) ‘ruh, ruh, ruh, neh, neh, neh’ jadi kalau yang ‘payah-payah’ pun saya dah lalui, insya-Allah saya tiada masalah untuk berdebat dengan Nurul Izzah,” katanya dipetik laporan BH.

Rafizi malam tadi berucap semasa program Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK) di Dewan Seri Mentakab, Pahang.

Menurutnya, keputusan itu diambil bagi meredakan suhu yang panas dalam kalangan penyokong kedua-dua tokoh muda parti tersebut ketika ini.

Katanya, berdasarkan pemilihan parti sebelum ini, ia menjadi amalan kepada calon bertanding bagi jawatan berkenaan termasuk Saifuddin Nasution Ismail pada 2022.

Katanya, PKR adalah parti yang memperkenalkan budaya politik baru seperti itu.

Rafizi yang juga penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR turut menekankan pentingnya debat yang dikendalikan oleh pihak berkecuali terutama media untuk memastikan perbincangan yang intelektual dan bukan berfokus kepada serangan peribadi.

“Saya serahkan kepada pihak penganjur yang ditentukan terutama pihak media untuk mengaturkan debat tersebut.

“Sebenarnya, penyokong di peringkat akar umbi sering kali lebih `panas’ dalam perbincangan dan debat ini diharapkan dapat membawa kempen yang lebih berisi dan matang.

“Terdapat cadangan dari akar umbi untuk mengadakan debat dengan Nurul Izzah dan saya menerimanya,” katanya.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata beliau tidak mahu mencari penganjur untuk berdebat secara peribadi bagi mengelak sebarang persepsi berat sebelah.

“Sebaliknya, saya menyerahkan kepada pihak penganjur yang tentukan untuk mengaturkan debat tersebut. Saya bersedia untuk berdebat dan kalau boleh diadakan secara langsung supaya semua boleh membuat penilaian,” katanya.

Mengenai peranannya sebagai Menteri Ekonomi jika tidak terpilih, Rafizi yang menyatakan akan berundur sebelum ini, melahirkan keyakinan dasar ekonomi negara termasuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) tidak akan terjejas.

“Perancangan dasar ekonomi negara termasuk RMK13, hampir siap dan akan dibentangkan di Kabinet untuk kelulusan minggu hadapan.

“Selain itu, RMK13 dijangka dibentangkan di Parlimen pada Julai dan sekiranya lulus, pelaksanaan dasar-dasar tersebut tidak akan terjejas walaupun berlaku pertukaran Menteri kerana dasar yang dirancang adalah untuk kerajaan dan bukan untuk kementerian tertentu sahaja,” katanya.

Berita berkaitan
Pemimpin utama Kerajaan Perpaduan bertemu, cari jalan keluar krisis NS
14 jam lalu· Politik
Permohonan pindah kes rasuah Shamsul Iskandar ditolak mahkamah
18 jam lalu· Isu semasa
Krisis Negeri Sembilan tak gugat kestabilan Kerajaan Perpaduan: PMX
18 jam lalu· Politik
Persoalan institusi Undang ditangani ikut proses sah dan bijaksana: Anwar
18 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Saman fitnah: Pengarah Strategi Pemuda PAS Perak diarah bayar RM250,000
11 jam lalu · Politik
PH tolak cubaan ambil alih kerajaan Negeri Sembilan
11 jam lalu · Politik
Krisis NS: Muhyiddin serah kepada pemimpin atasan PN beri penjelasan
14 jam lalu · Politik
Parti Amanah nafi terlibat dalam isu dana zakat
18 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan tak beri kesan kepada kerajaan pusat: Fahmi
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok