Campur tangan dalam SPRM: AG akan putuskan tindakan terhadap Bloomberg

July 22, 2025 · Politik

Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memutuskan tindakan yang bakal diambil terhadap media luar, Bloomberg susulan laporan mendakwa wujud campur tangan Perdana Menteri dalam urusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said yang berkata kertas siasatan terhadap Bloomberg sudah diserahkan kepada AGC untuk tindakan selanjutnya.

“Berkenaan perkembangan terkini berhubung tindakan undang-undang terhadap agensi berita Bloomberg, berdasarkan input yang saya telah terima daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), SPRM telah pun membuat laporan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan kertas siasatan oleh pihak PDRM telah dikemukakan kepada AGC untuk tindakan lanjut,” kata Azalina dalam jawapan bertulis parlimen kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Dalam jawapannya, Azalina turut menegaskan kerajaan kekal komited mempertahankan hak rakyat terhadap kebebasan bersuara seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Namun, katanya hak itu tidak bersifat mutlak dan sebarang dakwaan fitnah boleh disiasat pada bila-bila masa di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana tiada had masa ditetapkan bagi siasatan seumpama itu.

Menteri itu turut merujuk kepada penubuhan Akta Majlis Media Malaysia 2025, dengan menyatakan sebarang isu berhubung laporan media, termasuk kebimbangan terhadap etika kewartawanan, boleh dibawa ke majlis tersebut sebagai badan kawal selia.

Pada September tahun lalu, Bloomberg menerbitkan laporan memetik sumber yang mengaitkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam dakwaan “penyalahgunaan kuasa siasatan secara terancang”, membabitkan siasatan yang disasarkan oleh SPRM.

Laporan Bloomberg bertarikh 26 September juga mendakwa Anwar telah mengarahkan Azam supaya tidak menyiasat bekas pembantunya Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, berhubung pembelian sahamnya dalam HeiTech Padu Bhd.

Syarikat perkhidmatan teknologi itu dikaitkan dengan pembangunan sistem imigresen kerajaan bernilai RM1 bilion.

Berita berkaitan
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
8 jam lalu· Politik
Pelaburan KWAP rugi RM200 juta perlu disiasat: PMX
12 jam lalu· Isu semasa
PM ucap tahniah kepada Nur Jazlan dilantik semula Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara: Bernama
12 jam lalu· Politik
Anwar mahu pemegang jawatan kerajaan kekal berdisiplin ketika berkempen
July 19, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
1 jam lalu · Politik
Akmal pertahan penyatuan parti Melayu selepas disindir UMNO cium ‘tapak kaki’
3 jam lalu · Politik
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
7 jam lalu · Politik
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
7 jam lalu · Politik
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
July 18, 2026
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang
July 18, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok