Wan Rosdy bidas balik kritikan Guan Eng kata UMNO tak boleh dipercayai

May 6, 2026 · Politik

UMNO mengingatkan Penasihat DAP, Lim Guan Eng supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Naib Presiden UMNO, Wan Rosdy Wan Ismail berkata pihaknya memandang serius kenyataan keras Guan Eng yang menyifatkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai rakan yang tidak boleh dipercayai.

Menurut beliau, kenyataan sedemikian bukan sahaja tidak membantu meredakan keadaan, malah berpotensi mengeruhkan lagi hubungan ketika pimpinan BN dan Pakatan Harapan (PH) sedang berusaha mencari penyelesaian terhadap beberapa isu semasa.

“Saya ingin mengingatkan Lim Guan Eng agar tidak menjadi batu api yang mampu mencetuskan masalah lebih besar.

“Jika beliau mempunyai pandangan negatif terhadap UMNO dan BN, beliau juga perlu memahami bahawa ramai dalam UMNO dan BN mempunyai pandangan yang sama terhadap beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 menghimpunkan beberapa parti utama termasuk BN dan PH, dengan matlamat memastikan kestabilan politik negara selepas tempoh ketidaktentuan.

Namun, perbezaan pandangan antara pemimpin parti komponen kadangkala menimbulkan ketegangan.

Wan Rosdy menegaskan, semua pihak perlu bersikap matang dan profesional demi memastikan kestabilan politik terus terpelihara. Katanya, pemimpin yang berpengalaman seharusnya memainkan peranan menyatukan, bukan menimbulkan perpecahan.

“Sebagai pemimpin senior, tanggungjawab kita adalah untuk menyatukan dan memperkukuhkan Kerajaan Perpaduan, bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh merosakkan hubungan antara parti-parti dalam kerajaan.

“Rakyat mahukan kestabilan dan penyelesaian, bukan pertelingkahan politik yang berpanjangan,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan keutamaan kerajaan ketika ini adalah memulihkan ekonomi dan menjaga kebajikan rakyat, justeru sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan kerjasama antara parti perlu dielakkan.

Berita berkaitan
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
June 12, 2026· Politik
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
4 jam lalu· Politik
DAPSY bidas UMNO Johor, dakwa bersikap hipokrit
10 jam lalu· Politik
UMNO terima lebih 21,000 ahli baharu sejak Februari: Asyraf Wajdi
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
June 12, 2026 · Politik
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
4 jam lalu · Politik
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
9 jam lalu · Politik
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
10 jam lalu · Politik
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok