Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya

October 5, 2026 · Politik

Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, rasmi menyertai Parti Bersama selepas meninggalkan PKR dan meletak jawatan sebagai wakil rakyat.

Penyertaan itu berkuat kuasa hari ini, sekali gus menjadikan Chean Chung antara beberapa bekas pemimpin PKR yang menyertai parti dipimpin bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Langkah berkenaan menyusul penyertaan Rafizi, bekas Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dalam Bersama.

Chean Chung menyerahkan borang permohonan keahlian sebelum diterima secara rasmi untuk menyertai barisan kepimpinan parti itu yang kini sedang mengembangkan pengaruhnya.

Menurut Rafizi, Nik Nazmi dan Syukri Razab dalam kenyataan bersama, penyertaan Chean Chung akan mengukuhkan kepimpinan Bersama, terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Penyertaan Lee memperkuatkan barisan kepimpinan Bersama tatkala parti giat berkembang. Beliau akan memikul tanggungjawab bersama mengemudi kempen PRN Melaka kali ini, dengan tumpuan membina jentera kempen di kawasan majoriti Cina,” kata mereka.

Chean Chung juga akan menjadi sebahagian daripada kepimpinan interim Bersama sehingga pemilihan kepimpinan baharu parti itu yang dijangka berlangsung tahun depan.

Perkembangan itu berlaku selepas PKR sebelum ini menggantung keahlian Chean Chung selama tiga tahun susulan isu disiplin dan tindakan politiknya.

Hubungan Chean Chung dengan kepimpinan tertinggi PKR dilaporkan semakin renggang selepas beliau menghadiri majlis pelancaran Bersama pada Mei lalu.

Bagaimanapun, Chean Chung ketika itu mempertahankan kehadirannya dengan menjelaskan program berkenaan berlangsung di kawasan Parlimen yang pernah diwakilinya.

Dalam PRU 2022, Chean Chung memenangi kerusi Parlimen Petaling Jaya. Sebelum itu, beliau pernah menjadi ADUN Semambu di Pahang selama dua penggal.

Berita berkaitan
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
4 jam lalu· Politik
PKR nafi kaitan dengan isu PN, desak Mukhriz mohon maaf
October 20, 2026· Politik
Fuziah: Rundingan kerusi PH selesai, kerjasama belum muktamad
October 18, 2026· Politik
Isu surat kepada Penyimpan Mohor Besar, PKR desak Ismail beri penjelasan
October 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
11 jam lalu · Politik
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
11 jam lalu · Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
12 jam lalu · Politik
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
12 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok