Diskaun tol sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Lebuh raya utama dijangka mengalami kesesakan yang ketara semasa sambutan Deepavali pada 20 Oktober ini, dengan anggaran sebanyak 2.67 juta kenderaan akan membanjiri jalan raya pada hari-hari puncak perayaan tersebut.
Menurut kenyataan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), daripada jumlah itu, sebanyak 2.2 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya di bawah PLUS Malaysia Berhad.
Lebuh raya lain juga turut diramalkan akan sibuk, dengan Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat masing-masing mencatatkan 170,000 kenderaan, diikuti Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (90,000) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (40,000).
LLM menjangkakan peningkatan trafik boleh bermula seawal Khamis, 16 Oktober, terutama bagi mereka yang menuju ke arah Utara, Selatan dan Pantai Timur.
Sehubungan dengan itu, beberapa langkah proaktif telah diambil bagi memastikan kelancaran perjalanan orang ramai.
Antaranya ialah dengan mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya memastikan tiada penutupan lorong dari 17 hingga 23 Oktober kecuali untuk kerja kecemasan.
Laluan ‘smart lane’ juga akan diaktifkan di 29 lokasi strategik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bagi menambah kapasiti jalan.
LLM turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengenai pemberian diskaun tol 50 peratus sempena Deepavali.
Laporan RCI Tabung Haji: Amaran BNM sejak 2014 tidak diendahkan, tanggung rugi RM10 bilion
Pelaku sebabkan kerugian Tabung Haji akan disiasat : PM
Myanmar setuju terima semula 5,000 Rohingya dari Malaysia
Sindiket SMS penipuan guna fake BTS digempur MCMC, seorang ditahan di Johor
Rosmah gagal gugurkan hakim kes solar, mahkamah tolak permohonan
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS