‘Dah digari, pakai baju oren… nak suruh buat apa lagi?’

December 2, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebab pembangkang terus mempertikai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan melibatkan Shamsul Iskandar Mohd Akin, sambil menolak dakwaan wujud campur tangan beliau dalam kes berprofil tinggi itu.

Perdana Menteri berkata bekas setiausaha politik kanannya tersebut menerima layanan sama seperti suspek lain, termasuk digari dan memakai baju lokap SPRM ketika ditahan.

“Cuba tengok, nak suruh buat apa lagi? Orang itu digari dengan baju oren. Banyak kes berat pun tak digari. Tak puas hati lagi ke?” katanya di Dewan Rakyat ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT), hari ini.

Anwar menegaskan beliau tidak pernah memberi arahan atau teguran kepada SPRM sepanjang siasatan berlangsung.

“Saya tak pertahankan staf saya. SPRM bebas siasat, jadi siasatlah. Kenapa perlu pertahankan orang lain?” ujarnya.

Beliau menjawab soalan tambahan Mas Ermieyati Samsudin (PN–Masjid Tanah) yang mempersoalkan kenyataan Anwar sebelum ini bahawa peletakan jawatan Shamsul Iskandar menunjukkan komitmen Kerajaan MADANI terhadap integriti.

Pada Jumaat lalu, Shamsul Iskandar direman enam hari bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah daripada ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei.

Kes itu mencetuskan riak politik kerana Shamsul merupakan antara individu kanan dalam Pejabat Perdana Menteri sebelum meletakkan jawatan.

Beliau mendakwa terdapat pihak tertentu cuba menggunakan isu berkenaan untuk menjatuhkan reputasinya dan mencemarkan imej kerajaan.

Namun Anwar menegaskan proses undang-undang tetap berjalan tanpa campur tangan, selari dengan pendekatan kerajaan untuk memastikan institusi penguatkuasaan kekal bebas.

Berita berkaitan
Tabung RM50 juta Najib: Wanita PKR persoal UMNO bawa budaya memaafkan perasuah?
12 jam lalu· Politik
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
September 20, 2026· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
September 20, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
1 jam lalu · Politik
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
2 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
2 jam lalu · Politik
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
9 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok