Dah tahu OKU kenapa masih beri tugasan pasang bendera? Akmal bidas jawapan ADUN DAP

August 5, 2025 · Politik

Pemuda UMNO mempersoalkan sekolah terlibat dalam isu bendera terbalik yang memberi tugasan memasang bendera kepada seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata pihak sekolah perlu dikenakan tindakan tegas kerana cuai apabila membiarkan seorang OKU memasang bendera tanpa pengawasan sehingga menyebabkan ia dipasang terbalik dan menegaskan maruah simbol negara harus dijaga dengan sempurna.

“Jika benar yang memasang bendera terbalik ini adalah seorang OKU maka tindakan berat tetap perlu dikenakan ke atas pihak sekolah kerana membenarkan seorang pekerja OKU memasang bendera tanpa pengawasan.

“Dan kenapa pekerja OKU ini yang diberikan tanggungjawab memasang bendera jika sudah tahu beliau adalah seorang OKU dan bukan pekerja lain?” soal beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata demikian mengulas kenyataan ADUN DAP (Lukut), Choo Ken Hwa yang mendedahkan bahawa pekerja yang memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson merupakan OKU.

Perkara itu diberitahu Ken Hwa pada sidang kedua DUN Negeri Sembilan di Seremban semalam.

Sabtu lalu, media melaporkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua, memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat melalui satu kenyataan yang dikongsikan Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru ekoran tindakan pekerjanya yang memasang bendera Jalur Gemilang secara terbalik.

Dalam pada itu, Dr Akmal berkata, kegagalan pihak sekolah untuk menyedari kesilapan itu sejurus bendera dipasang turut menunjukkan sikap tidak cakna dan sambil lewa dalam isu yang menyentuh semangat patriotisme rakyat.

“Tidak langsung cakna selepas bendera itu dipasang dan dibiarkan begitu sahaja,” katanya.

Beliau turut menegaskan status OKU tidak seharusnya dijadikan alasan untuk melepaskan mana-mana pihak daripada bertanggungjawab jika perkara seumpama itu berlaku lagi.

“Kita tidak mahu alasan OKU atau orang kurang siuman menjadi alasan utama lagi jika perkara ini berulang kembali!” tegas beliau.

Dr Akmal juga mendesak agar Kementerian Pendidikan (KPM) menjalankan siasatan terperinci terhadap individu yang terlibat termasuk status jenis ketidakupayaannya sama ada fizikal atau mental.

“Saya harap KPM juga mengambil perkara ini dengan serius agar ia menjadi pengajaran buat semua, dan saya mendesak juga kementerian untuk siasat siapakah OKU tersebut, adakah OKU fizikal ataupun mental? Jika individu itu adalah OKU mental, adakah ia dibenarkan bekerja di dalam premis sekolah?” soalnya.

Dalam masa yang sama, beliau membidas segelintir pemimpin politik yang menyelar kenyataan pihak tertentu berhubung isu itu dengan menegaskan ia bukan soal politik tetapi melibatkan kecintaan terhadap negara.

“Dan kepada pemimpin politik yang bercakap jangan politikkan perkara ini, kamu sebenarnya yang mempolitikkan perkara ini, kerana ini bukan soal politik, tetapi soal patriotisme terhadap negara ini,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Guan Eng desak Sosma dimansuh susulan penahanan remaja 16 tahun
6 jam lalu· Isu semasa
Zahid harap MIC terus bersama BN, tapi…
6 jam lalu· Politik
Amanah mahu agihan kerusi lebih adil di Melaka, Johor: Khalid Samad
8 jam lalu· Politik
BN menang di Kinabatangan dan Lamag, isyarat sokongan rakyat: Zahid
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Tun Faisal tepis dakwaan Bersatu campur tangan politik dalam isu dalaman PAS
8 jam lalu · Politik
Fokus tadbir Perlis, jangan pendek umur politik: Fadhli
8 jam lalu · Politik
Anwar ucap tahniah atas kemenangan BN di Kinabatangan dan Lamag
8 jam lalu · Politik
PRK Kinabatangan dan Lamag: Dua calon BN mendahului dalam kiraan undi
January 24, 2026 · Politik
UMNO uji konsep Rumah Bangsa pada PRN Melaka: Zahid
January 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok