Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Kredit gambar: PMO
Tiada nama yang ditukar pada saat akhir melibatkan pelantikan Ketua Hakim Negara baharu seperti didakwa pihak tertentu, kata Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata nama Ketua Hakim Negara yang diumumkan baru-baru ini sudah dikemukakan dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong lebih awal dan pihak tertentu sengaja membuat fitnah untuk mempolitikkan isu badan kehakiman negara.
“Sistem (kehakiman) itu dikatakan sudah dirosakkan, ada yang sengaja mahu mempolitikkan isu (ini).
“Seminggu kita (kerajaan) dihentam kononnya Perdana Menteri tidak menjawab. Mana mungkin saya boleh jawab ketika itu kerana proses (pelantikan hakim) masih berjalan.
“Cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara perlu melalui peruntukan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan saranan daripada Perdana Menteri untuk diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, selepas dirunding bersama Majlis Raja-Raja,” katanya semasa Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.
Mengulas lanjut, Anwar menambah, beliau tidak mahu memberi kenyataan sejak awal kerana tidak boleh mendahului proses tersebut memandangkan perbincangan Majlis Raja-Raja berlangsung pada 15 dan 16 Julai lalu.
Namun katanya, sistem kehakiman digambarkan telah dirosakkan dan beliau dihentam kononnya perdana menteri tidak mahu menjawab dan memberi penjelasan.
“Semuanya ikut proses. Tiada siapa boleh mendahului perkenan Tuanku dan rundingan Majlis Raja-Raja,” katanya lagi.
Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan, Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara ke-17 dan hakim atasan lain telah memadamkan polemik, keluh kesah, fitnah dan tohmahan yang dihadapi kerajaan minggu lalu.
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
Abang Johari panggil sidang media khas, DUN Sarawak bakal bubar?
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum