Dana Armada: Rayuan akhir pembebasan Syed Saddiq didengar di Mahkamah Persekutuan

December 11, 2025 · Politik

Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar rayuan akhir pihak pendakwaan berhubung keputusan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, daripada empat pertuduhan termasuk pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Armada Bersatu.

Prosiding bermula jam 9.30 pagi dan dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Abu Bakar Jais bersama dua lagi panel hakim, Che Mohd Ruzima Razali dan Collin Lawrence Sequerah, yang baharu mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan awal bulan ini.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin bersama Ahmad Akram Gharib dan Farah Ezlin Yusop Khan.

Syed Saddiq pula diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik, Ambiga Sreenevasan, Kee Wei Lon dan Lim Wei Jiet.

Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman sekitar 8.26 pagi ditemani keluarga, para penyokong serta selebriti Bella Astillah.

Suasana tenang namun fokus ketika beliau berjalan memasuki bangunan mahkamah.

“Saya datang dengan hati yang yakin dan berharap proses hari ini berjalan dengan adil,” katanya ringkas sebelum memasuki dewan.

Pada 25 Jun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan beliau selepas mengetepikan sabitan dan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2023. Sehari kemudian, Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Kes berhubung dakwaan Syed Saddiq bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali, untuk melakukan pecah amanah RM1 juta pada 6 Mac 2020, mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

Beliau juga dituduh menyalahgunakan RM120,000 milik Armada Bumi Bersatu Enterprise di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Selain itu, dua pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan pemindahan RM50,000 ke akaun Amanah Saham Bumiputera turut dikemukakan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Kesemua pertuduhan membawa hukuman berat termasuk penjara sehingga 15 tahun dan denda berganda nilai transaksi. Prosiding rayuan diteruskan sehingga keputusan dimuktamadkan.

Berita berkaitan
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
6 jam lalu· Politik
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
14 jam lalu· Politik
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026· Isu semasa
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
September 20, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
6 jam lalu · Politik
Sivamalar soal Akmal: Kenapa diam isu Istana Negeri Sembilan?
6 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
12 jam lalu · Politik
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
14 jam lalu · Politik
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok