DAP membisu, gagal bela nasib kaum Cina: Pemuda MCA

July 10, 2025 · Politik

Kaum Cina tidak lagi boleh mengharapkan DAP untuk membela nasib mereka, malah Pemuda MCA menyifatkan mereka hanya membisu tatkala pelbagai isu rakyat sedang dihadapi ketika ini.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong mendakwa hasil kajian dan tinjauan yang dijalankan mendapati masyarakat Cina kecewa dengan DAP yang dianggap tidak membela nasib mereka seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Pemuda BN berkata, komuniti Cina juga dikatakan kecewa dengan sikap DAP membisu terhadap beberapa isu penting.

“Sebaliknya, MCA lantang bersuara bersandarkan fakta dan realiti, walaupun disindir dan diperlekeh kerana hanya memiliki dua kerusi Parlimen, namun kita berjaya membela nasib rakyat.

“Bayangkan jika lebih ramai pemimpin MCA menjadi wakil rakyat mewakili BN, sudah tentu lebih banyak permasalahan dapat diselesaikan dan negara bertambah maju.

“MCA juga giat mendekati pelbagai golongan rakyat, seperti komuniti perniagaan, wakil penduduk, pemain industri dan sebagainya, supaya suara dan keluhan mereka terhadap dasar kerajaan dapat didengar serta diambil kira,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Choo Seong berkata, menerusi semua sesi berkenaan, sikap rakyat terutama komuniti Cina semakin terbuka berdialog dan berkongsi pandangan serta keluhan dengan MCA.

Beliau berkata, komuniti Cina juga mendakwa DAP dilihat semakin menjauhkan diri daripada memahami denyut nadi rakyat, selain terpesong daripada perjuangan asalnya yang kononnya berintegriti.

Keadaan itu, katanya, menimbulkan persoalan, sama ada 40 Ahli Parlimen DAP lemah dan tewas dengan jawatan serta kuasa sehingga tidak mampu memperjuangkan hak serta nasib rakyat atau mengurus negara dengan baik.

“Slogan pro-rakyat DAP yang dulunya dilaungkan kini tidak lagi kedengaran, malah janji manis ditabur sebelum berkuasa juga gagal ditunaikan. Pemimpin DAP dilihat hanya berpeluk tubuh dan membisu dalam banyak isu, antaranya kos sara hidup, tarif elektrik dan penghapusan subsidi telur.

“Sentimen kekecewaan ini juga dapat dilihat menerusi hantaran dan komen di media sosial apabila ramai bukan Melayu menyatakan kekecewaan terhadap pemimpin DAP,” katanya.

Berita berkaitan
Onn Hafiz tak perlu jadi ‘drama king’, Sheikh Umar cabar dedah pihak sekat masuk FELDA
June 24, 2026· Politik
Pemuda MCA bidas DAPSY, dakwa tidak faham struktur pentadbiran FELDA
June 24, 2026· Politik
Bukankah FELDA diurus Pengerusi dan Menteri UMNO? DAPSY persoal dakwaan MB Johor
June 24, 2026· Politik
Rayuan ditolak, perbicaraan kes rasuah Guan Eng diteruskan
June 24, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
15 jam lalu · Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
17 jam lalu · Politik
SPR jual 553 borang calon menjelang hari penamaan PRN Johor
18 jam lalu · Politik
Samsuri pula sahkan rundingan kerusi dengan UMNO di Johor gagal
18 jam lalu · Politik
PAS kempen calon sendiri sahaja, tidak bantu Bersatu di Johor: Hadi
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok