Hutang kerajaan menurun bukti pengurusan fiskal negara tunjuk kesan positif.
Kerajaan memberi penekanan ke arah usaha untuk mengurangkan defisit fiskal negara secara konsisten, kata Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata sejak pentadbiran kerajaan baharu memerintah pada 2022, defisit fiskal yang mencecah 5.5 peratus sebelum ini telah berkurangan secara konsisten kepada 4.1 peratus pada 2024 dan unjuran sebanyak 3.8 peratus pada tahun ini.
“Ada orang tanya mengapa nak turun sangat (defisit). Biarlah, kita boleh hulur kepada rakyat dan kalau tidak begini, keyakinan (pelabur) tidak ada.
“Bagi saya, yang pertama ialah tanggungjawab kepimpinan dan pengurusan ekonomi untuk melaksanakan dasar yang kita yakin baik. Itu yang penting.
“Keduanya, dengan ada keyakinan, (boleh) menyelesaikan banyak masalah soal hasil negara, peluang pekerjaan dan pembangunan keseluruhannya,” kata beliau pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan hari ini.
Tegasnya lagi, pengurusan fiskal negara penting bagi memastikan ekonomi lebih mampan dan keyakinan pelabur tidak terjejas.
Anwar berkata jumlah hutang juga kian menurun daripada RM100 bilion pada 2022 kepada RM85 bilion pada 2024 dan unjuran sebanyak RM80 bilion pada tahun ini.
“Ini maknanya, sejak kita ambil alih, kita telah menurunkan hutang sebanyak RM20 bilion,” kata beliau.
Dalam pada itu, Anwar turut menolak dakwaan bahawa kerajaan terlalu memberi penekanan terhadap isu pengurangan hutang sehingga menjejaskan kebajikan rakyat.
Beliau berkata penyelesaian hutang negara tidak boleh dilakukan secara mendadak kerana ia memerlukan masa dan kesabaran.
AGC teliti dua kertas siasatan libatkan Azam Baki
Polis gagalkan cubaan seludup dadah RM57 juta di Muar
Bekalan minyak negara masih stabil: Amir Hamzah
Fahmi nafi gambar tular Jemaah Menteri petanda Parlimen akan dibubar
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi