Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah

11 jam lalu · Politik

Rakyat Johor disaran memilih kerajaan negeri yang seiring dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kesinambungan pembangunan dan pelaksanaan projek-projek strategik yang sedang rancak berlangsung di negeri itu.

Setiausaha Agung Parti Amanah, Faiz Fadzil berkata pelbagai projek mega yang sedang dilaksanakan di Johor ketika ini adalah hasil sokongan dan peruntukan Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, antara projek berimpak tinggi yang sedang dilaksanakan ialah Landasan Berkembar Elektrik Johor Bahru-Gemas, Perkhidmatan Shuttle Selatan dan Sistem Transit Rapid (RTS) Link yang melibatkan perbelanjaan modal mencecah kira-kira RM15 bilion.

“Selain itu, projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) yang telah diluluskan Kerajaan Persekutuan dijangka menelan kos sekitar RM10 bilion dan bakal memperkukuhkan lagi sistem pengangkutan awam di Johor.

“Projek-projek ini bukan sahaja meningkatkan kesalinghubungan, malah membuka peluang pekerjaan, merancakkan aktiviti perniagaan serta membantu meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Faiz berkata, hubungan baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan merupakan elemen penting dalam memastikan pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih berkesan selaras dengan semangat federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, pembahagian kuasa antara Persekutuan dan negeri yang telah diamalkan sejak merdeka membolehkan hasil negara disalurkan semula kepada negeri-negeri menerusi projek pembangunan, kemudahan awam dan infrastruktur.

“Justeru, hubungan yang erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amat penting bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati rakyat secara menyeluruh,” katanya.

Beliau turut menjadikan Pulau Pinang sebagai contoh kerjasama yang membuahkan hasil apabila negeri itu muncul penyumbang terbesar eksport negara pada 2025 dengan nilai RM611.3 bilion atau 38 peratus daripada keseluruhan eksport Malaysia.

Menurutnya, Pulau Pinang juga merekodkan pelaburan diluluskan sebanyak RM32.9 bilion tahun lalu yang dijangka mewujudkan lebih 28,000 peluang pekerjaan.

Dalam pada itu, Faiz berkata Johor turut mencatatkan prestasi ekonomi memberangsangkan apabila menerima pelaburan diluluskan berjumlah RM110 bilion pada 2025, tertinggi di Malaysia, dengan potensi lebih 24,000 peluang pekerjaan baharu.

Beliau berkata, peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Johor juga meningkat daripada RM10.2 bilion pada 2022 kepada RM14.6 bilion pada 2026, sekali gus mencerminkan komitmen Putrajaya terhadap pembangunan negeri berkenaan.

“Prestasi ekonomi dan pembangunan yang dicapai hari ini membuktikan keupayaan kerajaan mengurus ekonomi negara serta memastikan setiap negeri menerima manfaat tanpa diskriminasi.

“Oleh itu, rakyat Johor perlu menilai kepentingan kesinambungan hubungan baik antara negeri dan Persekutuan demi kemajuan ekonomi serta kesejahteraan hidup pada masa depan,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
June 23, 2026· Politik
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
June 23, 2026· Politik
PRN Johor: Debat Maszlee dan Onn Hafiz, biar pengundi nilai siapa layak jadi MB?
7 jam lalu· Politik
Tun Faisal gesa Samsuri lapor polis isu dua kenyataan media berbeza di FB
7 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
June 23, 2026 · Politik
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
7 jam lalu · Politik
Bukan nama Wawasan, sebaliknya PN sahkan kemasukan PCM dan Pejuang
19 jam lalu · Politik
Kerjasama dengan Putrajaya kunci kemajuan Johor: Anwar
19 jam lalu · Politik
Johor terima lebih banyak peruntukan di bawah Kerajaan Madani: Saifuddin
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok