Dikritik jaguh lompat, Jamawi kali ini janji setia bersama PH jika menang DUN Melalap

November 24, 2025 · Politik

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap, Jamawi Jaafar, menegaskan penyertaannya bertanding di atas tiket Pakatan Harapan (PH) bukanlah satu tindakan ‘melompat parti’ seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Jamawi sebaliknya berkata langkahnya bertanding kali ini atas tiket Pakatan Harapan (PH) merupakan satu permintaan langsung daripada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Ini antara isu yang dimomokkan oleh pihak pembangkang, tetapi kebanyakan rakyat tahu kali ini saya bukan melompat.

Kali ini adalah permintaan daripada Perdana Menteri kepada Ketua Menteri supaya saya bertanding atas tiket PH,” jelas Jamawi ketika berucap di Kampung Loboh semalam.

Beliau berkata, pendekatan ini akan memudahkan saluran komunikasi yang lebih efektif antara kerajaan negeri dan Persekutuan, seterusnya memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Mereka memahami bahawa ada kebaikan untuk kita dapat paip kecil daripada kerajaan negeri dan juga paip besar daripada Persekutuan supaya kita akan dapat membela lebih ramai masyarakat di luar bandar,” ujarnya.

Jamawi turut meluahkan penghargaannya atas kepercayaan yang diberikan oleh Perdana Menteri, dengan berkongsi satu momen perbualan peribadi.

“Perdana Menteri sempat berbisik kepada saya, ‘Jamawi menang, awak bawa harapan rakyat kepada saya’. Yang ini satu jaminan untuk kita membela dan juga membawa isu-isu rakyat,” katanya.

Mengenai agenda pilihan rayanya, Jamawi menekankan tiga sektor utama iaitu pelancongan, ekonomi dan pertanian, yang menjadi nadi kehidupan majoriti penduduk Melalap.

“Fokus kita adalah untuk meningkatkan sumber pendapatan masyarakat. Walaupun kita mengejar arus pembangunan, jangan kita sesekali melupakan keperluan asas rakyat di kawasan kampung,” tegasnya.

Beliau berikrar akan membawa isu kritikal seperti harga getah yang tidak setara dengan negeri lain serta keperluan infrastruktur asas ke sidang DUN jika diberi mandat.

“Mereka cuma mahu menyara kehidupan keluarga dan dapat memberikan pendidikan yang baik untuk anak-anak. Itu satu nikmat yang tertinggi bagi mereka,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
11 jam lalu· Politik
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
15 jam lalu· Isu semasa
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
18 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
24 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
11 jam lalu · Politik
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
11 jam lalu · Politik
Ahli PAS digesa utamakan dana kompleks parti, bukan tabung Najib: Iskandar
18 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
19 jam lalu · Politik
RM50 juta belum dibayar, Najib masih tunggu proses tahanan rumah: Laporan
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok