Dikritik ‘katak’ politik, Zaid sasar kembali bertanding PRU atas tiket PAS

June 16, 2026 · Politik

Bekas menteri dan peguam, Zaid Ibrahim, memberi bayangan hasrat kembali aktif dalam politik pilihan raya dengan harapan dapat dicalonkan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang selepas menyertai parti itu baru-baru ini.

Menurut Zaid, beliau bersyukur diterima sebagai ahli PAS dan berharap diberi peluang untuk mewakili parti tersebut pada pilihan raya akan datang kerana masih percaya mampu menyumbang kepada negara.

“Sekarang saya dibenarkan menjadi ahli PAS dan mudah-mudahan sebagai calon untuk PRU akan datang. Saya benar-benar menghargai peluang ini. Saya percaya saya masih boleh menyumbang kepada negara,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Kenyataan itu dibuat ketika langkah terbaharunya menyertai PAS mencetuskan pelbagai reaksi.

Bagaimanapun, Zaid mempertahankan keputusannya dengan menjelaskan perjalanan politiknya selama ini didorong oleh usaha mencari platform yang benar-benar komited terhadap agenda reformasi.

Menurutnya, beliau menghabiskan hampir tiga dekad bersama UMNO sebelum dipecat kerana menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selepas itu, beliau menyertai PKR kerana percaya parti berkenaan serius dalam memperjuangkan perubahan, namun akhirnya mendapati keadaan tidak seperti yang diharapkan.

Zaid kemudian menyertai DAP dengan harapan dapat terus berkhidmat sebagai wakil rakyat, namun peluang yang dijanjikan kepadanya tidak menjadi kenyataan.

“Itu sebahagian daripada politik,” katanya.

Tokoh politik berusia 74 tahun itu mempunyai rekod perjalanan politik yang panjang dan berwarna-warni.

Selain pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, beliau turut memimpin parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) selepas meninggalkan PKR sebelum kembali aktif dalam DAP pada 2017.

Pada 2022, beliau kembali menyertai UMNO sebagai ahli biasa sebelum membuat keputusan menyertai PAS tahun ini.

Mengulas pilihannya bersama PAS, Zaid berkata beliau akan menjelaskan dengan lebih lanjut pada masa akan datang mengenai keyakinannya Malaysia boleh dibangunkan semula berasaskan kepimpinan yang diterajui parti itu.

Menurut beliau, negara memerlukan pemimpin yang takut kepada Tuhan, bebas daripada sifat tamak dan rasuah serta benar-benar komited memperjuangkan keadilan dan kebajikan rakyat.

“Keutamaan mesti diberikan kepada kebajikan rakyat biasa dan keadilan boleh dicapai semua tanpa pengecualian,” katanya.

Berita berkaitan
PN bukan milik satu parti: Marzuki bidas PAS
8 jam lalu· Politik
PRN Johor: Puad beri laluan kepada calon muda, tak pertahan kerusi Rengit
8 jam lalu· Politik
PAS jangka PRU-16 mungkin diadakan hujung tahun
11 jam lalu· Politik
Bersatu kekal bertanding guna logo PN dalam PRN Johor, Negeri Sembilan: Muhyiddin
12 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Jangan musuhi DAP ketika kempen, berkawan bila berkuasa: Mahfuz
7 jam lalu · Politik
AMK Johor kritik Onn Hafiz dakwa rakyat yang mahu PRN diadakan
7 jam lalu · Politik
Pasukan khas pantau isu 3R menjelang PRN Johor, Negeri Sembilan
June 16, 2026 · Politik
Hakim sifatkan skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terburuk dunia
June 16, 2026 · Politik
Fahmi nasihat Ketua Pengarah J-Kom agar berhati-hati di media sosial
June 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok