Rafizi mengulas berhubung keputusan mahkamah melibatkan Najib.
Pasukan pendakwaan dalam kes Najib Razak dikritik Rafizi Ramli kerana mengambil masa terlalu lama untuk menyiapkan dokumen dalam kes pengubahan wang haram melibatkan dana syarikat SRC International Sdn Bhd.
Ahli Parlimen Pandan itu mempersoalkan pendakwa raya yang dilihat tidak membuat persiapan secukupnya sehingga menyebabkan Najib dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) bersabit tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC RM27 juta.
“Saya menghormati hak Datuk Seri Najib untuk membuat permohonan DNAA kerana beliau telah menunggu lama sejak 2019.
“Saya juga menghormati keputusan Hakim K Muniandy yang membenarkan permohonan DNAA itu.
“Saya tidak faham kenapa pihak pendakwa raya mengambil masa yang begitu lama (sejak 2019) untuk menyiapkan dokumen seperti yang diperlukan untuk memulakan kes?” soalnya dalam kenyataan.
Semasa keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari inii, Muniandy berkata kes tergantung enam tahun tanpa sebarang keterangan saksi dikemukakan–dengan hanya sekali penangguhan–menunjukkan bahawa pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan.
“Pihak pendakwaan masih belum bersedia untuk mendakwa kes ini dalam masa terdekat kerana mereka belum memperoleh dan mengumpulkan dokumen-dokumen penting yang diperlukan sebagai bukti terhadap tertuduh.
“Penantian terlalu lama untuk perbicaraan ini menjadi suatu beban berpanjangan bagi tertuduh dan menafikan haknya untuk mendapat penyelesaian sewajarnya dan tepat pada masanya,” katanya.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, dari pengalamannya mengkaji dan mendedahkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC, dakwaan penyelewengan melibatkan SRCl mempunyai bukti aliran tunai lebih jelas.
“Kelemahan ini jelas perlu dijawab oleh pihak pendakwa raya,” gesa bekas menteri ekonomi dan bekas timbalan presiden PKR itu.
“Ramai rakyat Malaysia tidak mahu melihat kes ini berlalu begitu sahaja atas kegagalan pendakwa (yang mewakili kerajaan) menyiapkan dokumen bukti ke mahkamah, berhubung satu skandal (iaitu SRC) yang telah pun dijatuhkan hukuman bersalah.”
Rafizi juga menyeru pihak pendakwaan mengesahkan bahawa jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan semula pertuduhan dengan secepat mungkin dan menyiapkan dokumen sewajarnya, agar kes ini dapat berjalan dengan segera.
“Sebagai anggota parlimen, saya akan mengikuti perkembangan kes ini dengan dekat agar ia tidak tercicir dari pandangan awam,” katanya.
Pada 3 Feb 2019, Najib mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
Bersatu teruskan perjuangan jika ahli dan pimpinan kembali sertai UMNO: Razali
Sayap Bersekutu Bersatu pula desak Hamzah dipecat
Hamzah di Sydney, dijangka tak hadir lagi mengadap Lembaga Disiplin Bersatu esok
Ismail Sabri belum buat keputusan bertanding atau tidak dalam PRU depan: Laporan
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen