Dr Mahathir sahkan hadir PAT Bersatu pada 6-7 September, fokus strategi PRU-16: Azmin

September 2, 2025 · Politik

Parti Bersatu akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) ke-8 pada 6 hingga 7 September 2025 di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam.

Setiausaha Agung Bersatu, Mohamed Azmin Ali juga turut mengesahkan kehadiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersama-sama semasa PAT kali ini bersama-sama tetamu tokoh politik yang akan memeriahkan program kali ini.

“Ibu Pejabat telah menghantar 94 jemputan yang terdiri daripada wakil-wakil kedutaan, pimpinan tertinggi parti-parti anggota Perikatan Nasional, parti-parti sahabat dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Alhamdulillah, saya telah menerima pengesahan kehadiran dari Tun Dr. Mahathir Mohamad dan beberapa tetamu dalam PAT 2025,” katanya semasa sidang media hari ini.

Perhimpunan berkenaan akan berlangsung dari jam 8 pagi hingga 6 petang selama dua hari, dengan perasmian sesi sayap parti termasuk Srikandi, Armada, Srikandi Muda dan Sayap Bersekutu dijadual pada pagi Sabtu oleh Timbalan Presiden.

Pada malamnya, Presiden yang juga pengasas Bersatu, Muhyiddin Yassin, akan merasmikan PAT secara rasmi di Dewan Bunga Raya IDCC.

Menurut kenyataan media, PAT kali ini menjadi platform penting bagi menyusun strategi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) yang dijangka diadakan pada tahun depan bersama beberapa pilihan raya negeri.

Ucapan Dasar Presiden akan menekankan hala tuju parti menghadapi PRU-16, di samping membincangkan isu semasa termasuk kos sara hidup, ekonomi dan pelaburan, kesan tarif import Amerika Syarikat, peluang pekerjaan anak muda, Akta Pembaharuan Semula Bandar, keharmonian masyarakat, serta kerjasama politik dengan pihak luar kerajaan.

Bertemakan “Bersatu Menuju Kemenangan”, PAT 2025 akan menjadi platform untuk terus memperkukuh muafakat, meraikan kepelbagaian pandangan serta mengekalkan semangat setiakawan sebagai teras perjuangan.

Pada hari kedua, 7 September, persidangan akan dimulakan 8.30 pagi dengan sesi perbahasan dan penggulungan Ucapan Dasar Presiden.

Seramai 14 wakil negeri, 4 wakil sayap parti dan 2 wakil mahasiswa universiti akan diberi ruang membahaskan isu-isu utama sebelum sesi penutup.

Berita berkaitan
Muhyiddin dan PMO tidak campur tangan projek Jana Wibawa, mahkamah diberitahu
August 17, 2026· Politik
Tun Faisal kritik Hadi, boleh hadir program parti tapi ponteng sesi RCI TH
August 14, 2026· Politik
Wan Rosdy perbetul kenyataan kerjasama dengan PAS di Pahang, dakwa wujud kekeliruan
August 14, 2026· Politik
Ahli datang dan pergi, PKR terus diperkukuh: AMK
August 14, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
2 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
6 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
7 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
7 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok