Dua jawatan menteri kosong, PM boleh lantik sesiapa disukainya: Amanah

May 30, 2025 · Politik

Parti Amanah menyatakan kesediaan untuk meletak wakilnya untuk menggalas tanggungjawab di dalam Kabinet sekiranya terdapat kekosongan jawatan menteri.

Pengarah Pilihanraya Amanah, Sany Hamzan berkata, pengisian jawatan sebagai menteri adalah hak prerogatif Perdana Menteri walaupun individu yang dilantik bukanlah seorang ahli Dewan Rakyat.

“Ada orang tanya saya, apa syarat nak jadi menteri. Saya jawab syarat nak jadi menteri ni perdana menteri, suka. Walaupun ada PHD (Doktor Falsafah) sampai 10 ke, ada profesor ke, ada kiyai ke, ada ustaz ke, haji-haji ke, yang penting PM suka.

“Kalau Perdana Menteri suka, maka dia akan lantiklah…kalau kita bukan ahli Dewan Rakyat, dia boleh lantik angkat sumpah sebagai senator (sesiapa sahaja), kemudian angkat sumpah sebagai menteri untuk duduk di Kabinet, ini kuasa Perdana Menteri,” katanya kepada dipetik laporan MalaysiaGazette.

Sany mengulas peletakkan jawatan dua anggota Kabinet iaitu Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini.

Rafizi dan Nik Nazmi yang mewakili PKR meletakkan jawatan sebagai menteri dalam kerajaan selepas kalah dalam Pemilihan PKR Peringkat Pusat yang berlangsung Jumaat lalu.

Rafizi dan Nik Nazmi, mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan.

Menurut Sany lagi, pelantikan jawatan sebagai menteri merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh seseorang dan wajib dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

Ujarnya, individu yang dilantik ke jawatan berkenaan perlu memberikan komitmen sepenuhnya agar organisasi yang dipacu dapat digerakkan dengan cemerlang demi kesejahteraan rakyat.

Ditanya mengenai langkah peletakkan jawatan kedua-dua figura dalam Pakatan Harapan itu, Sany berkata, beliau menyifatkan mereka sebagai individu yang berprinsip kerana mengotakan apa yang telahpun dikata.

Ujarnya, bukan mudah untuk melepaskan jawatan sebagai menteri kerana banyak kemudahan disediakan buat mereka.

“Tetapi dengan semangat yang berjiwa besar, saya kira mereka berprinsip sebab mereka cakap mereka kotakan.

“Bila kita berkata-kata, bila kita tunaikan janji maksudnya kita kena kotakan apa yang kita kata, janji kepada masyarakat,” katanya.

Berita berkaitan
ADUN PH belum terima notis sidang DUN Negeri Sembilan
10 jam lalu· Politik
CSA jadi Dajal apabila PAS jadi pembangkang? Mahfuz persoal Hadi
November 5, 2026· Politik
PRN Melaka: Azman mahu anak muda Paya Rumput kerja dekat kampung sendiri
November 5, 2026· Politik
CSA bukan Dajal ketika PAS berkuasa, Mahfuz bidas Hadi
November 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
1 jam lalu · Politik
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
1 jam lalu · Politik
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
2 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
2 jam lalu · Politik
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
2 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok