Dulu tak ada siapa cakap pasal nepotisme pun: Anwar

May 24, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim tampil menjelaskan berhubung isu kritikan wujudnya nepotisme dalam PKR, ia susulan kemenangan anaknya Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden yang baharu.

Presiden PKR itu semasa ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR hari ini berkata orang boleh mengkritiknya berhubung kedudukan isteri dan anaknya, tetapi jasa dan perjuangan mereka dalam menggerakkan reformasi sebelum ini tidak boleh dipertikaikan.

Anwar mengimbas kembali detik getir ketika dia dipenjara.

Anwar berkata pada waktu itu isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa memikul beban yang besar dengan mengambil alih tampuk kepimpinan PKR buat sementara waktu.

“People can say isteri, anak… tapi masa kita bertempur dulu, mana ada kongres. Masa saya masuk penjara, Azizah ambil alih. Masa tu tak timbul pun isu nepotisme,” katanya ketika berucap di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan bahawa keputusan untuk menyerahkan kepimpinan kepada Wan Azizah dibuat dalam keadaan terdesak, tanpa sumber kewangan mahupun jentera yang kukuh.

“Saya serahkan begitu saja, tiada dana, tiada jentera. Waktu itu tak ada siapa cakap pasal keluarga atau nepotisme. Saya hanya fikir siapa boleh pegang obor sementara saya dipenjara,” katanya.

Tambah Anwar, keputusan tersebut dibuat dalam masa yang singkat dan dia sendiri tidak menyangka tempoh “sementara” itu akan berlarutan selama bertahun-tahun.

“Saya dalam kedudukan sangat goyah, hanya ada beberapa jam atau hari sebelum masuk penjara. Kami semua sangka ia hanya beberapa bulan, tetapi rupanya bertahun,” kata Anwar.

Anwar turut berkongsi kisah anaknya, Nurul Izzah Anwar yang terpaksa meninggalkan universiti untuk menyertai perjuangan parti pada usia muda.

“Izzah dalam situasi itu terpaksa tinggalkan universiti dan digerakkan sebagai orang dewasa. Tapi masa tu, saya tak pernah dengar orang sebut nepotisme,” katanya.

Anwar menegaskan bahawa pemilihan Nurul Izzah sebagai pemimpin parti adalah keputusan ahli, bukan atas kehendak dirinya.

“Azizah, ya, saya pilih masa itu. Tapi Izzah, saudara-saudara yang pilih. Jadi teruskan kerja,” ujarnya.

Kenyataan ini hadir sebagai penjelasan terhadap sindiran atau kritikan sesetengah pihak yang mempersoalkan penglibatan ahli keluarganya dalam struktur kepimpinan PKR.

Selain itu, Anwar turut menyeru agar isu seperti itu tidak terus diperbesarkan oleh ahli parti yang menurutnya sepatutnya lebih memahami sejarah dan pengorbanan yang telah dibuat.

Nurul Izzah secara rasmi menang perebutan jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan PKR, menewaskan penyandangnya, Rafizi Ramli.

Berita berkaitan
Pembangunan AI perlu berteraskan nilai kemanusiaan: PMX
5 jam lalu· Isu semasa
Rekod PAS jelas, kawan akan jadi lawan: Saifuddin Nasution
5 jam lalu· Politik
PMX akan kongsi visi Malaysia hadapi ketidaktentuan global semasa Forum Nikkei di Tokyo
June 8, 2026· Isu semasa
Anwar puji kejayaan Kementerian Komunikasi beri penerangan BUDI95
June 8, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Muktamad! Tiada kerjasama dengan PAS walaupun putus dengan Bersatu: Zahid
3 jam lalu · Politik
UMNO jangan ulang formula lama kerjasama dengan PAS: Mahfuz
4 jam lalu · Politik
Bersatu tetap teguh walau ditinggalkan PAS: Azmin
4 jam lalu · Politik
Amanah sasar bertanding 20 kerusi pada PRN Johor
4 jam lalu · Politik
Perpisahan PAS-Bersatu sudah dijangka apabila tiada keikhlasan: Zahid
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok