Ekonomi makin kukuh, tatakelola dan usaha banteras rasuah jadi kunci: Anwar

February 28, 2026 · Isu semasa

Prestasi ekonomi Malaysia yang semakin memberangsangkan ketika ini disifatkan sebagai hasil pembaharuan tatakelola dan tindakan tegas membanteras rasuah serta penyelewengan dana awam.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pengukuhan nilai ringgit, pertumbuhan ekonomi yang mampan, inflasi rendah serta peningkatan pelaburan bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya lahir daripada komitmen berterusan kerajaan memperkukuh tadbir urus.

“Ia terkait dengan isu governance. Tatakelola yang baik dapat mengelakkan rompakan harta negara dari orang yang berkuasa.

“Ia menghentikan amalan rasuah dan penyelewengan dana. Itu kita lakukan dan yang tentunya menjana pertumbuhan ekonomi,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa bersama warga Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi di Kompleks Seri Perdana.

Menurut beliau, kejayaan itu bukan digerakkan oleh menteri semata-mata, sebaliknya melibatkan kerjasama seluruh jentera kerajaan, penjawat awam serta sokongan sektor swasta dan institusi pengajian tinggi dalam merangka dasar ekonomi yang berkesan.

“Alhamdulillah, ini benar-benar berlaku. Kita lihat prestasi bukan saja ringgit, malah pertumbuhan ekonomi tinggi, pelaburan terbesar dan inflasi yang rendah,” katanya.

Sejak awal 2026, ringgit menunjukkan pengukuhan ketara berbanding dolar Amerika Syarikat, didorong sentimen pelaburan positif dan aliran masuk modal asing.

Mata wang tempatan ditutup pada paras 3.8910/8960 pada Jumaat lalu, selepas melepasi paras psikologi 4.00 pada Januari.

Penganalisis turut menjangkakan ringgit berpotensi mencecah sekitar 3.78 hingga 3.80 berbanding dolar AS.

Pada masa sama, kadar inflasi kekal rendah sekitar 1.3 hingga 1.6 peratus sejak hujung 2025, membantu mengekalkan kuasa beli rakyat.

Ekonomi negara pula berkembang 5.2 peratus bagi keseluruhan 2025, dengan lonjakan 6.3 peratus pada suku keempat, disokong permintaan domestik kukuh dan pemulihan eksport.

Mengulas tindakan penguatkuasaan, Anwar menegaskan kerajaan tidak berkompromi dalam isu rasuah.

“Kepimpinan tak boleh mengizinkan perompakan harta rakyat. Tindakan mesti telus dan berani tanpa mengira kedudukan,” katanya sambil menambah mesej itu penting bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi negara terus terpelihara.

Berita berkaitan
Tak dicalonkan dalam PRN bukan alasan sabotaj parti: Aminuddin
2 jam lalu· Politik
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
2 jam lalu· Politik
1.88 juta rakyat nikmati manfaat MySalam: Fahmi
12 jam lalu· Isu semasa
Anwar gesa semua parti patuhi etika kempen PRN Johor, Negeri Sembilan
12 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan tak kompromi perangi rasuah, SPRM terus diperkasa
June 11, 2026 · Isu semasa
J-KOM buat laporan polis terhadap Albert Tei buat kecoh di kementerian
June 11, 2026 · Isu semasa
Kadar pengangguran naik sedikit pada April: DOSM
June 11, 2026 · Isu semasa
Agong tarik balik gelaran ‘Tan Sri’ dianugerah kepada Isa Samad
June 11, 2026 · Isu semasa
Cucu dedah dakwa dirogol, warga emas direman enam hari
June 10, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok