Fadhli cadang PAS berpisah dalam PN, dakwa Bersatu sudah lemah

May 31, 2026 · Politik

PAS disaran bergerak secara berasingan daripada Bersatu selepas hubungan kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin tegang susulan beberapa kenyataan pemimpin di peringkat negeri.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata sudah tiada lagi ruang untuk mewujudkan kerjasama yang benar-benar harmoni antara kedua-dua parti, khususnya selepas wujud sindiran daripada pemimpin Bersatu Melaka terhadap dakwaan bahawa parti itu tidak mempunyai jentera kukuh.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, kelemahan dari segi jentera bukan sesuatu yang memalukan, terutama bagi sebuah parti yang masih dianggap baharu dalam landskap politik negara.

“Bukan salah jika sesebuah parti tiada jentera. Tetapi masalahnya apabila kelemahan itu tidak mahu diakui,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, penafian terhadap realiti kekuatan parti boleh menyebabkan keputusan politik dibuat berdasarkan keyakinan yang tidak selari dengan keadaan sebenar di lapangan.

Fadhli turut mendakwa keadaan menjadi lebih buruk apabila parti terbabit gagal memperkukuhkan organisasi dalaman walaupun sudah beberapa tahun melalui pilihan raya.

Katanya, pertelingkahan berterusan dalam parti hanya akan melahirkan kelompok penyokong peribadi yang akhirnya mahu menjadi calon pilihan raya sebelum bergantung kepada kekuatan rakan gabungan.

“Apabila bertanding banyak kerusi tetapi gagal menang lebih banyak, itu menunjukkan kajian dan bacaan politik yang tidak tepat,” katanya.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada ketegangan terbaru antara beberapa pemimpin PAS dan Bersatu di beberapa negeri termasuk Perlis dan Negeri Sembilan.

Fadhli juga membangkitkan kebimbangan mengenai kemungkinan wujud pertimbangan untuk bergerak sendiri dalam pembentukan kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

“Maka jika menyatakan hakikat bahawa Bersatu ketiadaan jentera dikatakan pekak, tiada harapan lagi sebuah kerjasama harmoni selepas ini,” katanya.

Beliau kemudian mencadangkan supaya kedua-dua parti mengekalkan hubungan baik, namun tidak lagi bekerjasama di pentas pilihan raya.

“Kita kekal berkawan, cuma bukan di pentas pilihan raya. Anda boleh mencari kawan politik yang lebih jelas pendengaran, lebih terang penglihatan dan lebih kuat deria bau,” katanya secara sinis.

Hubungan PAS dan Bersatu sebelum ini menjadi tunjang utama Perikatan Nasional selepas kedua-dua parti bekerjasama dalam beberapa siri pilihan raya sejak 2020.

Gabungan itu berjaya membentuk kerajaan Persekutuan selepas kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan, sebelum kembali menjadi blok pembangkang selepas PRU15.

Namun sejak kebelakangan ini, beberapa isu dalaman termasuk pembahagian kerusi, pengaruh negeri dan strategi politik dilihat mula menjarakkan hubungan antara kedua-dua parti.

Berita berkaitan
Mukhriz nafi Hamzah sertai Pejuang
May 31, 2026· Politik
Azmin nafi Bersatu akan kembali bersama PH
May 29, 2026· Politik
Radzi bidas fitnah disebar dakwa Bersatu akan bersama PH
May 28, 2026· Politik
Tun Faisal nafi Bersatu mahu sertai PH, bidas pihak cuba kaitkan Azmin
May 28, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Ada wakil rakyat PH dan UMNO berminat sertai Bersama: Nik Nazmi
May 31, 2026 · Politik
Rombakan Pengarah Pilihan Raya bagi perkukuh jentera parti: AMK
May 31, 2026 · Politik
Rakyat sudah nilai prestasi Rafizi yang tidak menyakinkan: AMK
22 jam lalu · Politik
Rafizi bebas pilih haluan politik sendiri: Akmal Nasrullah
22 jam lalu · Politik
Hamzah nak letak jawatan pun takut… Kini nak umum parti baharu pula?
May 29, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok