Rombakan Pengarah Pilihan Raya bagi perkukuh jentera parti: AMK

May 31, 2026 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan pertukaran jawatan Pengarah Pilihan Raya PKR merupakan langkah strategik parti bagi memperkukuh jentera menghadapi pilihan raya akan datang.

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata perubahan portfolio dalam parti politik adalah perkara biasa dan dibuat mengikut keperluan semasa demi memastikan gerak kerja organisasi berjalan lebih efektif.

Menurut beliau, rombakan itu tidak wajar ditafsirkan sebagai tanda kelemahan mana-mana pemimpin termasuk Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

“Tidak timbul soal beliau tidak layak atau tidak berkemampuan kerana beliau pernah menjadi Pengarah Pilihan Raya sebelum ini termasuk pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan ketika itu parti berjaya membentuk kerajaan.

“Ini hanyalah sedikit rombakan strategik yang dilakukan bagi memastikan gerak kerja pilihan raya dapat dijalankan dengan lebih baik dan berkesan,” katanya dipetik laporan media.

PKR sebelum ini mengumumkan pelantikan Naib Presidennya, Amirudin Shari sebagai Pengarah Pilihan Raya parti bersama Saifuddin Nasution Ismail.

Langkah itu dilihat sebahagian daripada usaha penyusunan semula jentera parti susulan perubahan kepimpinan selepas pemilihan PKR baru-baru ini.

Muhammad Kamil berkata, Amirudin memiliki pengalaman luas dalam pengurusan operasi pilihan raya dan diyakini mampu menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik.

“Sebelum ini beliau bergerak sebagai Pengarah Operasi Pilihan Raya, jadi beliau mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan. Saya yakin beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyokong kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung kemungkinan langkah penjimatan dalam Belanjawan 2027 susulan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, pendekatan itu menunjukkan kerajaan mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus stabil dalam tempoh mencabar.

“Mana-mana pemimpin yang bertanggungjawab akan melihat semula kedudukan ekonomi negara dan menyusun perbelanjaan mengikut keperluan semasa.

“Walaupun langkah itu mungkin dilihat tidak popular, ia penting bagi memastikan kelangsungan ekonomi negara pada masa hadapan,” katanya.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan sebarang penstrukturan semula perbelanjaan kerajaan tidak akan menjejaskan sektor penting seperti kesihatan dan pendidikan.

Menurutnya, program berkaitan rakyat akan diteruskan, namun kerajaan akan menilai semula pendekatan perbelanjaan bagi mengenal pasti ruang penjimatan yang lebih sesuai.

Kenyataan itu hadir ketika kerajaan berdepan cabaran ekonomi global yang tidak menentu termasuk tekanan inflasi, ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan pasaran dunia yang turut memberi kesan kepada ekonomi serantau.

Berita berkaitan
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
12 jam lalu· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
August 18, 2026· Politik
AMK Selangor: PAS jangan sekadar cakap besar mahu tumbangkan PH
August 17, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
8 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
13 jam lalu · Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
13 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok