Mukhriz Mahathir.
Presiden Parti Pejuang, Mukhriz Mahathir menafikan dakwaan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, bakal menyertai parti itu pada masa terdekat.
Mukhriz turut menyangkal wujud sebarang rundingan politik antara kedua-dua pihak seperti yang diperkatakan sebelum ini.
“Itu tidak benar,” katanya dipetik laporan BH ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Hamzah sedang berunding untuk menyertai Pejuang sebagai platform politik baharu.
Spekulasi mengenai hala tuju politik Hamzah semakin hangat sejak beliau dipecat daripada BERSATU pada 13 Februari lalu atas dakwaan melanggar perlembagaan parti.
Sejak itu, Ahli Parlimen Larut berkenaan dikaitkan dengan beberapa usaha membentuk gerakan politik baharu bersama beberapa bekas pemimpin Bersatu lain yang turut disingkirkan daripada parti tersebut.
Antara nama yang sering dikaitkan dalam kumpulan dikenali sebagai ‘Team Reset’ ialah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan.
Dalam perkembangan sama, Hamzah juga dilaporkan sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa parti kecil termasuk Berjasa bagi membuka ruang kepada pembentukan wadah politik baharu menjelang landskap politik pasca-Bersatu.
Pejuang yang diasaskan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pada 2020 sebelum ini pernah menjadi sebahagian daripada Gerakan Tanah Air (GTA) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, namun gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen.
Parti itu kini dilihat cuba menyusun semula pengaruhnya dalam arena politik nasional selepas beberapa kekalahan besar dalam pilihan raya lalu.
Sementara itu, Hamzah masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai hala tuju politiknya atau dakwaan sedang merancang pengambilalihan sebuah parti politik baharu.
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri