Fahmi: PKR perlu perkemas cara sampaikan mesej kerajaan

August 15, 2026 · Politik

PKR akan memperkukuh strategi penerangan dan komunikasi bagi memastikan mesej serta pencapaian kerajaan dapat difahami dengan lebih jelas oleh masyarakat.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata langkah itu antara perkara penting susulan beberapa usul yang dibawa perwakilan pada Kongres Nasional PKR 2026 yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

Menurutnya, usaha kerajaan terutama dalam bidang ekonomi dan pembangunan perlu diterjemahkan dalam bentuk manfaat yang lebih dekat dengan kehidupan rakyat.

“Hal ini penting untuk memperkasakan penerangan dan komunikasi. Kalau kita dengar, ramai mengatakan banyak usaha dan pencapaian kerajaan, termasuk perkara bersifat makroekonomi, mungkin belum dapat diterjemah dan dinikmati di peringkat ekonomi rumah tangga,” katanya selepas meninjau bilik media sempena kongres berkenaan hari ini.

Fahmi berkata isu penerangan dan komunikasi turut menjadi perhatian Kementerian Komunikasi, selain peranannya sebagai Ketua Penerangan PKR dan Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata beberapa pandangan serta perubahan yang dirancang susulan usul berkaitan penerangan dan komunikasi akan dijelaskan ketika sesi penggulungan kongres esok.

Pada masa sama, Fahmi menyambut baik kesediaan ketua-ketua cabang PKR untuk memainkan peranan lebih besar sebagai penyalur maklumat antara parti, kerajaan dan masyarakat.

“Saya mengambil sikap terbuka dan bukan sekadar mengambil maklum, tetapi berterima kasih terutama kepada ketua-ketua cabang yang menyatakan mereka berhasrat memainkan peranan lebih besar sebagai penyalur maklumat,” katanya.

Menurutnya, hubungan lebih tersusun antara cabang dan kepimpinan pusat juga penting bagi memastikan isu yang dibangkitkan di peringkat Parlimen dapat disampaikan kepada pihak di Putrajaya untuk tindakan lanjut.

“Memang sebelum ini pun ada, tetapi mungkin mereka perlukan satu hubungan yang lebih formal untuk memastikan isu-isu di peringkat Parlimen diketahui oleh kami di Putrajaya dan dapat diusahakan penyelesaian,” katanya.

Kongres Nasional PKR 2026 berlangsung ketika parti itu berdepan keperluan memperkemas komunikasi politik dan penerangan kepada akar umbi, khususnya dalam memastikan dasar serta pencapaian kerajaan dapat diterangkan secara lebih berkesan kepada rakyat.

Fahmi turut berkata Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengambil pendekatan terbuka terhadap semua usul yang dibawa perwakilan, dengan perubahan perlu dimulakan daripada kepimpinan tertinggi parti.

Berita berkaitan
PKR sokong gesaan Anwar supaya dunia bertindak terhadap Israel
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar mahu BRICS lindungi kepentingan negara membangun
23 jam lalu· Isu semasa
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu· Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
24 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu · Politik
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
5 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu · Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok