Fitnah pegawai ATM: Menantu Hadi mula tindakan undang-undang ke atas MP DAP

July 4, 2025 · Politik

Tindakan undang-undang diambil Yang Dipertua PAS Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad terhadap Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berhubung dakwaan difitnah oleh pemimpin DAP itu.

Zaharuddin yang juga menantu kepada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang itu menuntut permohonan maaf terhadap Sim kerana tuduhan menghina pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) baru-baru ini.

“Dia (Sim) telah memfitnah saya menghina ATM, rasis dan seumpamanya. Jadi, hari ini saya hantar surat LOD (surat tuntutan) dan saya tunggu jawapan dia untuk memohon maaf secara terbuka.

“…jika kalau kamu mahu bincangkan tentang penghinaan terhadap ATM, itu kamu kata, saya tidak pernah kata (menghina ATM).

“ATM adalah tentera yang wajib pertahanan, tak ada apa-apa perkataan kenyataan daripada saya yang menghina ATM seperti mana yang kamu dakwa.

“Jadi, kita jumpa di mahkamah. Atau kamu memohoh maaf sebagaimana dinyatakan dalam LOD yang saya hantar kepada kamu,” katanya dalam video pendek yang dimuat naik di akaun Facebooknya.

Untuk rekod, video itu dibuat semasa Zaharuddin berkunjung ke pusat khidmat Sim di Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menyerahkan LOD tersebut.

Bagaimanapun, pejabat pusat khidmat Sim ditutup dan Zaharuddin gagal untuk menyerahkan surat berkenaan kepada pegawainya.

Sebelum ini Zaharuddin menarik perhatian ramai dengan hantaran rekaannya mengenai kemunculan seorang lelaki Cina menjadi perdana menteri di negara ini.

Mengiringi hantaran tersebut – sebagai “gambar hiasan” – ialah majlis pemakaian pingat leftenan jeneral kepada pegawai kanan ATM, Johnny Lim Eng Seng.

Lim menjadi anggota ATM pertama dalam kalangan orang Cina diberikan pangkat tersebut.

Mengulas isu itu, Sim mendakwa tindakan Zaharuddin membuat “kenyataan jahat” dan mendesak agar tindakan undang-undang dikenakan ke atasnya.

Zaharuddin menafikan dia mempertikaikan pelantikan Lim sebaliknya mahu memberi kesedaran terhadap “bahaya” daripada program Malaysia Rumah Keduaku (MM2). Hantaran tersebut kemudian dipadamkan oleh Zaharuddin.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
1 jam lalu· Politik
Najib pulang ke rumah, Loke kekal dengan keputusan letak jawatan
2 jam lalu· Politik
Pengasingan AG dan Pendakwa Raya ambil masa setahun, perlu 148 undi MP
November 4, 2026· Isu semasa
MP DAP persoal AGC berhubung status laporan terhadap MB Negeri Sembilan
November 2, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
1 jam lalu · Politik
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
1 jam lalu · Politik
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
1 jam lalu · Politik
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
2 jam lalu · Politik
Tiada kerjasama rasmi Bersatu-PH, sokongan tetap dialu-alukan: Muhyiddin
2 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok