Gaji lebih tinggi di luar negara punca utama petugas kesihatan berhijrah

September 3, 2025 · Isu semasa

Seramai 440 tenaga kerja profesional Kementerian Kesihatan (KKM) telah berhijrah ke luar negara dalam tempoh lima tahun dari 2020 hingga 2024, ia merangkumi lima pakar perubatan, 54 pegawai perubatan, dan 381 jururawat.

Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata jumlah tersebut adalah berdasarkan pengisytiharan yang dibuat oleh pegawai dalam notis peletakan jawatan mereka.

“Isu penghijrahan bakat dan tenaga kerja profesional keluar negara bukanlah satu isu baharu dan turut berlaku di negara membangun lain.

“Faktor utama penghijrahan keluar negara berlaku kerana tawaran gaji kompetitif dipengaruhi oleh kadar tukaran wang asing kepada ringgit yang lebih tinggi terutama di negara maju atau negara berpendapatan tinggi.

“Buat masa ini, gaji dan insentif yang ditawarkan kerajaan kepada anggota perkhidmatan awam termasuk petugas kesihatan KKM adalah seiring dengan pendapatan dan kedudukan fiskal semasa negara,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen semalam.

Bagi menangani isu ini, KKM telah melaksanakan beberapa inisiatif, termasuk pengambilan berterusan tenaga kesihatan.

Dari tahun 2020 hingga 2024, seramai 4,776 pakar perubatan telah diwartakan, manakala 13,349 pegawai perubatan kontrak dan 8,121 jururawat baharu telah dilantik secara tetap.

Selain itu, kerajaan juga memperkenalkan pelarasan gaji dengan kenaikan sebanyak lapan peratus mulai 1 Disember 2024, dan diikuti kenaikan tambahan tujuh peratus pada 1 Januari 2026.

Dr Dzulkefly menegaskan KKM akan terus mengadakan sesi libat urus dengan agensi pusat untuk menambah baik insentif dan manfaat kepada petugas kesihatan, serta komited dalam membina sistem kesihatan negara yang lebih mampan dan berdaya tahan untuk semua.

Berita berkaitan
Portal KKM ditutup sementara, tiada tanda kebocoran data kritikal
June 30, 2026· Isu semasa
Portal rasmi KKM diserang penggodam
June 27, 2026· Isu semasa
Warga Rohingya tetap bayar caj rawatan, tiada subsidi diberikan: Dr Dzulkefly
June 15, 2026· Isu semasa
Kerajaan tanggung kos pos ubat 80,000 pesakit mulai Julai: Fahmi
June 15, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
August 24, 2026 · Isu semasa
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
August 24, 2026 · Isu semasa
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
6 jam lalu · Isu semasa
JMF buat penampilan sulung, meriahkan Hari Kebangsaan: Fahmi
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok