Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching melancarkan Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) Fest 2025 peringkat negeri Johor.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, hari ini melancarkan Geran Digital PMKS MADANI (GDPM) Fest 2025 peringkat negeri Johor, sebuah inisiatif strategik untuk memperkasa Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) khususnya dalam sektor kesihatan melalui penerapan teknologi masa hadapan.
Program anjuran Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ini bertujuan memastikan PMKS kesihatan tidak ketinggalan dalam arus digitalisasi, sekaligus membentuk ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih cekap, inklusif dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.
Dalam ucapannya, YB Teo Nie Ching menekankan pentingnya kolaborasi pelbagai pihak termasuk Kementerian Kewangan Malaysia (MoF), Bank Simpanan Nasional (BSN), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), serta penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan teknologi kesihatan.
“Penyertaan rakan strategik ini membuktikan komitmen bersama sektor awam dan swasta dalam memperkukuh sistem kesihatan negara,” ujarnya.
GDPM Fest 2025 menampilkan pelbagai aktiviti termasuk sesi perkongsian tentang transformasi digital kesihatan, demonstrasi penyelesaian teknologi terkini, serta pengalaman realiti maya (VR) untuk memberi pendedahan praktikal kepada peserta.
Sebagai langkah proaktif, MCMC turut bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mempromosikan Guideline on Online Healthcare Services (OHS) bagi memastikan penggunaan platform kesihatan digital yang selamat dan beretika.
Program ini akan dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara, dengan Kuantan, Pahang menjadi destinasi seterusnya pada 17 Ogos diikuti Kota Kinabalu, Sabah pada 24 Ogos.
GDPM Fest 2025 diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan ekosistem kesihatan digital yang lebih pintar dan menyeluruh, demi kesejahteraan komuniti perubatan, usahawan PMKS dan rakyat Malaysia amnya.
Ringgit dibuka paras RM3.92, ekonomi negara berdaya tahan
MP DAP gesa tindakan tegas berhubung isu hina simbol agama
Malaysia pantau konflik Asia Barat, nilai kesan terhadap ekonomi: Akmal Nasrullah
27 barangan dikawal sempena Aidilfitri
Mufti Perlis bimbang pengaruh gerakan Hindutva menular, punca provokasi kaum
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan