Saifuddin Nasution Ismail.
Kementerian Dalam Negeri mengesahkan pihak polis sedang memantau pergerakan sebuah gerakan kultus yang berasal dari Korea Selatan dan didakwa aktif di Malaysia.
Namun, aktiviti mereka setakat ini tidak dianggap mengancam keselamatan negara.
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata beliau telah menerima taklimat lengkap daripada Cawangan Khas mengenai pertubuhan tersebut, termasuk corak kegiatan dan penglibatan beberapa tokoh tempatan.
“Fakta nombor satu ialah sememangnya gerakan ini berada dalam radar pasukan keselamatan kita,” jelasnya selepas merasmikan Program Kembara ke Sekolah 2025 di Kulim hari ini.
Beliau mengulas mengenai pendedahan terkini mengenai kewujudan gerakan berkenaan.
Menurutnya, kegiatan gerakan itu kelihatan dalam bentuk umum yang tidak mencurigakan pada pandangan pertama.
“Barangkali kerana penampilannya begitu, maka penglibatan kehadiran beberapa tokoh politik itu berlaku,” tambahnya.
Walaupun keadaan semasa terkawal, Saifuddin menegaskan pemantauan berterusan akan dilaksanakan untuk mengesan sebarang aktiviti yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
“Buat masa ini, kenyataan yang disebut itu sememangnya organisasi tersebut berada dalam makluman pihak keselamatan kita,” tegasnya.
Beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak terpengaruh dengan sebarang ajaran atau kumpulan yang menyimpang daripada ajaran agama dan norma masyarakat Malaysia.
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
MCMC siasat video pementasan 2018 yang kembali tular
Gaji rakyat Malaysia naik kepada RM3,803 pada 2025
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum